Nama rangkaian FamilyMart bukan lagi sesuatu yang asing didengari di negara ini. Pasti ramai yang menyukai kedai ini kerana terdapat pelbagai pilihan makana dan minuman yang sangat enak dan segar.
Baru-baru ini FamilyMart mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menyediakan kios mini khas untuk pelanggan yang mahu mendapatkan makanan dan minuman kegemaran mereka.
Bayangkan, anda kini tidak perlu susah-susah mencari tempat parkir kereta atau beratur panjang di kedai kerana pelbagai jenis makanan kini boleh dibeli dari kios sahaja.
Buat masa ini kios tersebut terletak di Shell Karak Highway 2 yang merupakan ‘FamilyMart Mini – Smart Kiosk’ yang pertama di Malaysia dan dikatakan sedang berada di peringkat awal.
Antara makan yang dijual di kios ini ialah sandwich, roti, puding, onigiri, makanan serta minuman ringan. Apa yang penting, kualiti makanan yang dijual di kios ini sama dengan seperti di kedai. Jadi, jangan risau dengan kesegarannya!
Mesin tersebut bersifat automatik dan tidak menggunakan wang tunai. Jadi, pelanggan boleh menggunakan sebarang transaksi tanpa tunai. Mereka boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad debit atau kredit serta menggunakan ‘e-wallet’.
Pelanggan hanya perlu membuat pilihan dan lakukan pembayaran mengunakan mana-mana kaedah tanpa tunai. Seterusnya, tunggu sehingga pesanan dikeluarkan dari mesin.
Sangat mudah bukan? Selepas ini jika anda kesuntukan waktu, beli sahaja makanan kegemaran anda dari kios ini. Ianya mudah, segar dan tidak perlu beratur panjang di kaunter!