KUALA LUMPUR: Kira-kira 6.4 juta rakyat Malaysia dijangka akan menjadi penerima awal vaksin COVID-19 yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal multinasional, Pfizer.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 12.8 juta dos vaksin berasaskan BNT162 mRNA diharapkan akan mula dapat diagihkan bagi menampung keperluan imunisasi sebanyak 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia menjelang 2021.

Vaksin berasaskan BNT162 mRNA akan menjalani ujian klinikal dan kelulusan peraturan sebelum dikeluarkan untuk digunakan, kata Pfizer Malaysia dan syarikat imunoterapi BioNTech SE, dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekalan vaksin tersebut akan diperolehi hasil daripada perjanjian pembelian awal yang ditandatangani oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) pada 24 November lalu dan bakal diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia jika mendapatkan suntikan di hospital yang dikendalikan oleh Kementarian Kesihatan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengurus Pfizer, Luksanawan Thangpaibool mengatakan bahawa mereka berasa terhormat kerana dapat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mengumpulkan sumber saintifik bagi tujuan menghasilkan vaksin COVID-19 yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia secepat mungkin.

Ketua perniagaan dan ketua komersial BioNTech, Sean Marett mengucapkan turut terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada mereka untuk menghasillan vaksin tersebut.

“Kami percaya (vaksin ini) berpotensi untuk membantu dalam mengatasi ancaman pandemik global ini. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan bekalan vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan untuk orang ramai di seluruh dunia, secepat yang mungkin,” katanya kata.

Selain itu, Pfizer dan BioNTech juga telah menyatakan minat untuk menyediakan bekalan vaksin kepada Fasiliti Covax, sebuah mekanisme yang dibentuk oleh Gavi; Perikatan Vaksin; Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Fasiliti Covax bermatlamat untuk menyediakan bekalan vaksin kepada kerajaan termasuk dalam penyediaan jumlah vaksin yang lebih banyak supaya dapat diberikan kepada orang ramai dengan menggunakan teknologi serta dihasilkan oleh pelbagai syarikat pengeluaran vaksin di seluruh dunia.

Dengan mengandaikan data positif dan ketersediaan data pembuatan dan keselamatan yang diperlukan serta berdasarkan unjuran semasa, Pfizer dan BioNTech dijangka bakal menghasilkan sehingga 50 juta dos vaksin di seluruh dunia pada tahun ini dan sehingga 1.3 bilion dos pada tahun 2021.

Percubaan klinikal fasa 3 BNT162b2 telah bermula pada 27 Julai dan sehingga kini, telah melibatkan seramai 43,661 orang peserta. Pada 13 November tahun ini, seramai 41,135 orang peserta telah menerima dos kedua vaksin.

Kira-kira 42 peratus peserta seluruh dunia dan 30 peratus peserta dari Amerika Syarikat yang berbeza kaum dan etnik, sementara 41 peratus peserta global dan 45 peratus orang Amerika adalah mereka yang berumur antara 56 dan 85 tahun.

Peserta ujian klinikal dipilih daripada kira-kira 150 buah laman web di Amerika Syarikat, Jerman, Turki, Afrika Selatan, Brazil dan Argentina.

Tambahan lagi, ujian klinikal dikatakan akan terus dilakukan untuk mengumpulkan data keberkesanan dan keselamatan peserta selama dua tahun akan datang.

Astro Awani/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular