COVID-19 masih terus menular di negara kita, di mana gelombang ketiga kali ini benar-benar mencabar khususnya di negeri Sabah.

Saban hari, jumlah kes baharu yang dicatatkan pasti beratus-ratus kes dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan.

Prihatin dengan keadaan ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini difahamkan telah menyewa sebuah pesawat untuk menghantar barangan perubatan.

Ia bagi membantu memenuhi keperluan barangan yang dingunakan oleh para petugas barisan hadapan di negeri berkenaan.

 “Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah”, tulis Ebit Lew di Facebooknya.

Antara barangan yang dihantar menerusi perkhidmatan Raya Airways itu adalah set PPE berserta pelindung mata, pelitup dan pelindung muka serta penutup kasut.

Ia difahamkan akan diagihkan untuk kegunaan kakitangan di hospital, klinik mahupun petugas barisan hadapan di Sabah.

Ini bukanlah kali pertama ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan tatkala pandemik ini berlangsung, sebelum ini juga sudah banyak yang dilakukan oleh beliau untuk membantu orang ramai.

Justeru, ia sudah pasti membuatkan orang ramai membanjiri ruangan komen beliau di Facebook untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan.

Sebelum ini juga, beliau turut menghantar barangan bantuan berupa 200 buah tilam dan bantal, tuala dan cadar serta 10 buah kipas, selain 2,000 keping pelindung muka ke Penjara Alor Setar.

Dan tatkala penduduk di Selangor gelisah menanti bekalan air pulih sebelum ini ekoran gangguan tempoh hari, beliau juga yang membantu dengan membawakan lori air pada penduduk.

Keprihatinan dan sikap dermawan yang dimiliki oleh beliau dalam membantu pelbagai lapisan masyarakat adalah sesuatu yang mengagumkan. Ianya wajar dicontohi..

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular