Mungkin antara kita memahami, kucing dan anjing jalanan biasanya akan membuat kotor seperti membuang najis merata-rata atau secara tidak sengaja memasuki kawasan rumah bersih pemilik yang tidak mencintai haiwan sambil meninggalkan kekotoran dengan ujian menahan kesabaran, akan tetapi tindakan meracun haiwan dengan niat untuk membunuh bukan jalan penyelesaiannya.

Untuk pengetahuan anda, meracun haiwan merupakan satu kesalahan di Malaysia di bawah peruntukan Seksyen 31 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Namun begitu, masih ramai individu yang melanggar undang-undang dengan meracuni haiwan yang tidak bersalah.

Unsplash | Gambar Hiasan

Illy Muzliza berkongsi dengan WOB tentang bagaimana beliau menemui bekas berisi racun tikus yang dicampurkan dengan sedikit makanan kering yang diletakkan di hadapan pintu pagar rumah jirannya pada 25 Oktober di Ampang.

Illy yang dibesarkan dalam keluarga pencinta kucing sering memberi makan dan merawat kucing jalanan bersama kucing peliharaan mereka sendiri dan merasa sedih dengan hakikat bahawa jirannya tidak bersetuju dengan kebaikan hati mereka terhadap kucing-kucing jalanan ini dan memutuskan untuk meletakkan bekas berisi racun tikus di luar pintu pagar rumah mereka.

Gambar Hiasan | boombastis.com

“Situasinya agak rumit kerana jiran ini adalah keluarga yang baik dan ibu bapa saya mempunyai hubungan akrab dengan mereka. Pada pagi Ahad, kami menjumpai bekas itu di hadapan pintu pagar rumah jiran tersebut. Kami membawanya ke dalam dan membuangnya ke dalam pembungkus berganda,” katanya.

Lebih menyedihkan, adalah hakikat bahawa jiran tersebut mengakui perbuatan salah mereka dan meluahkan perasaan marah serta tidak puas hati daripada menyesal. 

“Mereka mengaku telah meletakkan racun itu. Mereka lebih marah setelah kami menemui racun itu,” kata Illy.

Pixabay | Gambar Hiasan

Sekalipun jiran-jiran ini tidak berpuas hati dengan pilihan keluarga Illy untuk membantu haiwan jalanan di kawasan mereka, sudah tentu ada cara yang lebih sopan untuk meluahkan rasa tidak puas hati daripada memilih cara meracuni haiwan-haiwan ini dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Di harap mereka tidak mengulangi perbuatan ini lagi. Menurut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, perbuatan meracuni haiwan boleh dikenakan denda minimum RM20,000 hingga maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya tertuduh didapati bersalah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular