Apabila para petugas barisan hadapan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara berkali-kali menyampaikan mesej tanpa gagal, anda wajib duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar ketika PKP, seruan itu seharusnya diikuti ketika era pandemik COVID-19 kini.

Kerana anda tidak akan memahami perasaan menjadi petugas barisan hadapan dengan pengorbanan besar yang terpaksa mereka lakukan, melainkan anda sendiri menjadi salah seorang dalam kalangan mereka.

Sebuah video menyentuh hati menjadi tular di Twitter baru-baru ini menunjukkan petugas barisan hadapan sedang berjuang menjalankan tugas mereka di kawasan pedalaman di Sabah, sekaligus menjadi kejutan dan kemarahan beberapa netizen apabila menyedari masih terdapat banyak kawasan daif dengan infrastruktur asas yang sangat lemah di Sabah.

@Sapik_Z/Twitter

Rakaman video itu menunjukkan pasukan petugas barisan hadapan COVID-19 yang lengkap dengan sut hazmat dilihat sedang membawa sebuah kotak berisi peralatan perubatan dan kit ujian COVID-19 ketika cuba berjalan menyeberangi jambatan usang dan rapuh dipercayai berada dalam kawasan perkampungan air. 

Dalam cuaca hujan renyai-renyai, kelihatan para petugas barisan hadapan melalui jambatan rapuh, berlubang dan licin dengan satu tangan mereka memegang erat ke dinding, setiap petugas berjalan dengan berhati-hati apabila memijak papan kayu rapuh tersebut sambil berhati-hati memerhatikan ke bawah agar tidak tergelincir ke dalam jurang yang besar.

@Sapik_Z/Twitter

Papan jambatan itu cukup uzur untuk seluruh kaki petugas barisan hadapan dapat melaluinya dengan selesa, ketika mereka berusaha menahan diri daripada tergelincir kerana sut hazmat itu yang licin sudah pasti menyekat pergerakan. 

Bayangkan anda sendiri berada dalam sut pelindung diri itu, dengan perasaan satu langkah yang salah boleh mengakibatkan kecederaan serius kerana jelas kelihatan betapa lemahnya struktur jambatan itu dibina.

Pemandangan yang membuat anda secara spontan berasa sedih dan simpati dengan keperitan serta pengorbanan yang terpaksa dilalui para frontliner hampir setiap hari demi mengekang dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara tercinta kita.

@Sapik_Z/Twitter

Netizen menyatakan rasa simpati mereka kepada seluruh warga petugas barisan hadapan sambil memuji pengorbanan mereka bertugas dengan penuh dedikasi sebagai wira sejati negara, sambil kebanyakan yang lain turut mempersoalkan adakah kerajaan sedar dan peka masih terdapat banyak kawasan pedalaman yang daif di Sabah.

“Sangat menghormati petugas barisan hadapan tetapi melihat keadaan hidup di mana kita berada? Ini 2020 demi Tuhan ?? Kerajaan benar-benar telah gagal membela kita,” salah seorang netizen memberi komen.

“Mengapa mereka terus hidup dalam keadaan seperti ini? Tidakkah kerajaan boleh membantu meningkatkan taraf hidup dan infrastruktur di kawasan mereka. Ini menyakitkan hati,” komen netizen yang lain.

@Sapik_Z/Twitter

Terbukti, ini bukan satu-satunya tempat di Sabah dengan keadaan seperti itu di mana rumah kayu dibina di atas air dengan ramai penghuni kebanyakannya bukan warganegara Malaysia pun, namun petugas barisan hadapan tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa mengira status mereka demi menangani pandemik COVID-19 daripada terus menular. 

Diharap perkara ini dapat membuka mata pihak kerajaan dengan memberi lebih tumpuan untuk menaik taraf infrastruktur kawasan pedalaman dan luar bandar dengan lebih baik lagi. 

Jangan sekadar berjanji ketika pilihan raya sambil menghasilkan keputusan kes positif jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, sudah menang sorak namun tiada apa-apa tindakan yang dilakukan selepas itu.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN VIDEO

Video Popular