Kasih sayang merupakan satu perasaan yang sangat berharga dan berkuasa, di mana ia berupaya menghalang manusia daripada terus mementingkan diri sendiri.

Itulah yang cuba ditonjolkan oleh seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama akaun Arm Si Awan Biru.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Selain rasa kasih sesama manusia, Arm menunjukkan sisi mulia apabila turut menyayangi haiwan seperti anaknya sendiri!

Arm Si Awan Biru./Facebook

Cerita Arm, dia pertama kali melihat Bobby, seekor anjing betina yang menumpang teduh berhampiran pejabatnya. Cukup istimewa apabila Bobby ‘menghadiahkan’ Arm seketul biskut.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Semenjak daripada situlah, Bobby akan setia menunggu Arm tanpa mengambil kira cuaca panas mahupun hujan. Bobby tahu Arm akan memberikannya ayam goreng mahupun nasi ayam padanya.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Kehadiran Bobby berhampiran pejabat Arm cukup disenangi rakan sekerjanya. Tiada seorang pun yang rasa terganggu..

Arm Si Awan Biru./Facebook

Kemudian pada suatu hari, Arm mendapat tahu bahawa Bobby telah pun melahirkan lima ekor anaknya namun salah seekornya mati akibat lemas ketika hujan lebat. Ia ternyata membimbangkan Arm.

Arm Si Awan Biru./Facebook

“Segala kudrat telah saya keluarkan untuk tarik tayar lori, buat tempat berteduh Bobby dan anak-anak”, tulis Arm yang mengakui waktu itu merupakan fasa yang penuh beremosi untuknya.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Dalam pada itu, Arm juga berjaya mencari keluarga angkat baru yang sudi membela Bobby dan anaknya. Arm juga memberikan kainnya pada Bobby buat melepaskan rindu ketika mereka berpisah.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Syukurlah kerana Bobby dan kesemua anak-anaknya semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru, setelah beberapa ketika.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Arm turut menerbitkan satu kisah pendek berkaitan Bobby dalam usahanya untuk mengumpulkan dana untuk Bobby dan dua ekor anak betinanya.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Walaupun Bobby dibela oleh keluarga baru namun Arm kerap juga meluangkan masa untuk melawat Bobby dan anak-anak.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Pernah sekali, Arm menyamar sebagai pemotong rumput. Tubuhnya penuh bertutup, hanya menampakkan matanya sahaja namun anjing-anjing itu berjaya juga mengenalinya.

Dan kini anak-anak Bobby telah pun besar dan sihat, inilah mereka :

#1 Dut-dut

Arm Si Awan Biru./Facebook

#2 Bulldog

Arm Si Awan Biru./Facebook

#3 Panda

Arm Si Awan Biru./Facebook

#4 Bata

Arm Si Awan Biru./Facebook

Comel betul semuanya! Sungguh mengagumkan bahawa Arm tidak pernah sesekali melepaskan tangan dalam menjaga kebajikan ‘anak-anaknya’, walaupun mereka mempunyai keluarga.

Arm Si Awan Biru./Facebook

“Pemilik anak-anak ini telah pun menjaga mereka dengan sebaik mungkin – beri tempat selamat, penjagaan yang baik serta makan minumnya”.

Arm Si Awan Biru./Facebook

Oleh yang demikian, segala kos perubatan akan ditanggung oleh Arm kerana menurutnya, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Terima kasih Arm! Kasih sayang yang anda tonjolkan cukup memberi inspirasi dan wajar dijadikan contoh buat semua.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular