Pengamal perubatan di Malaysia dinasihati untuk menghentikan penggunaan dua vaksin influenza – SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra buat sementara waktu.

Ia berikutan dengan laporan sejumlah 48 kematian direkodkan di Korea Selatan atas penggunaan ubat berkenaan.

Kedua-dua vaksin berkenaan merupakan antara sembilan vaksin yang berdaftar dengan Lembaga Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan produk vaksin influenza yang didaftarkan di bawah Lembaga Kawalan Dadah”.

“Ia termasuklah vaksin yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan iaitu SKYCellflu Quadrivalent dan Vaxigrip Tetra”, jelas Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datin Dr Faridah Aryani Md Yuso.

Sungguhpun begitu, produk Vaxigrip Tetra yang digunakan di Korea Selatan tidak terdapat di dalam pasaran negara lain termasuklah Malaysia.

Dan setakat ini, tiada sebarang kes kematian yang dilaporkan susulan imunisasi vaksin Quadrivalent di Malaysia.

“KKM juga akan melakukan pemantauan berterusan melalui perogram pemantauan kualiti produk berdaftar dan farmakovigilans secara berterusan bagi memastikan ia terjamin selamat”.

Pihak KKM juga akan memberitahu orang ramai mengenai sebarang kemas kini terbaru daripada semasa ke semasa.

Keputusan KKM itu dibuat setelah Lembaga Sains Kesihatan (HSA) Singapura turut mengumumkan pemberhentian sementara kedua vaksin awal minggu ini.

Meskipun tiada kematian berkaitan dengan vaksinasi influenza yang dilaporkan di Singapura, keputusan pemberhentian penggunaan kedua vaksin itu lebih bersifat pencegahan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular