Memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa bukanlah satu peranan yang mudah. Kita perlu mendidik anak-anak agar menjadi seorang manusia yang berguna pada masa hadapan di samping berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

Lebih memilukan lagi apabila setelah anak-anak meningkat dewasa, kita menyaksikan mereka melalui fasa kehidupan berbeza dan mula tinggal berjauhan.

Namun, meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa, semua ibu bapa akan tetap mahu menyayangi dan menjaga anak-anak seperti anak kecil.

Facebook

Video berdurasi 1 minit 34 saat ini memaparkan kisah benar mengenai seorang bapa berusia 96 tahun yang telah dipanggil ke mahkamah gara-gara memandu melebihi had laju di kawasan sekolah. Video ini meraih perhatian warganet dan membuatkan ramai terkesan serta merindui ibu bapa masing-masing.

Ketika disoal oleh hakim mahkamah, bapa yang dikenali sebagai Coella ini telah menegaskan bahawa pada hari kejadian, dia sedang membawa anaknya untuk melakukan pemeriksaan darah di hospital.

Facebook

“Saya tidak memandu begitu laju, tuan hakim. Umur saya 96 tahun, saya memandu dengan perlahan dan saya hanya memandu apabila perlu. Saya sedang menuju ke hospital untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anak lelaki saya. Dia adalah golongan kurang upaya. Saya membawanya ke hospital setiap dua minggu kerana dia menghidap kanser”.

Sebaik sahaja mengungkapkan ayat itu, Coella kelihatan sebak dan cuba menahan dirinya daripada menangis. Di usia yang tua di mana dia sepatutnya kekal berada di rumah, Coella masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga yang baik.

Facebook

Sepatutnya di usia sebegitu, kita sudah tidak mempunyai kudrat untuk keluar rumah apatah lagi memandu dan membawa anak ke hospital tetapi disebabkan oleh nilai kasih sayang yang tidak terhingga, Coella sanggup!

Ketika Hakim Frank Caprio bertanya mengenai umur anak lelaki Coella, bapa mithali ini menyatakan bahawa anaknya berumur 63 tahun dan perkara ini membuatkan ramai yang tersentuh dan hampir mengalirkan air mata! Seorang warga emas yang usianya hampir mencecah 100 tahun masih lagi menjaga seorang anak yang juga dalam golongan warga emas.

Facebook

Satu peristiwa yang cukup menyayat hati. Mendengarkan itu, ketua hakim mengambil keputusan untuk membatalkan segala tindakan undang-undang ke atas Coella di atas kemurnian hatinya. Semoga Coella akan dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan akan terus dirahmati.

Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular