Ramai di antara kita yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Namun tugasan untuk mendapatkan berat badan ideal bukanlah sesuatu yang mudah.

Apa yang penting adalah disiplin dan kegigihan diri untuk menjaga pemakanan selain kerap bersenam seperti kisah seorang wanita ini.

Isma Suria/Facebook

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Isma Suria baru-baru mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan kejayaannya menurunkan berat badannya hinggalah 48 kilogram!

Sebelum ini, Isma memiliki saiz tubuh antara 5XL hingga 6XL dan kini dia sudah pun boleh memakai pakaian bersaiz M mahupun L.

Isma Suria/Facebook

Jelas Isma, dia mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dengan melebihkan sayuran. Ketika ini, dia sedang mengambil oat dan sayur dalam diet hariannya.

“Tips yang saya selalu buat, bila sarapan makan oat atau telur separuh masak ataupun buah-buahan”, katanya.

Isma Suria/Facebook

Untuk tengah hari pula, Isma akan mengambil sedikit nasi, lebihkan sayuran dan juga ayam atau ikan. Malam pula, cukup sekadar minum air kosong atau buah-buahan.

Di samping itu, dia juga kerap melakukan senaman seperti zumba mahupun tabata selama 30 minit hinggalah satu jam.

Isma Suria/Facebook

Isma juga konsisten dengan aktiviti mendaki bukit serta berbasikal yang dilakukan setiap pagi atau petang, selama 3 hingga 4 jam sehari.

Ternyata proses menurunkan berat badan ini memerlukan kekuatan mental, di mana kita perlu sentiasa memotivasi dan mendisiplinkan diri agar berat badan ideal dicapai.

Isma Suria/Facebook

Jika anda juga sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mungkin anda juga boleh mengikuti cara Isma. Semoga berjaya ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular