Kek coklat sememangnya mendapat tempat istimewa di hati bagi kebanyakan daripada kita. Ramai yang gemarkan kek coklat berbanding perisa lain.

Sudah banyak resipi kek coklat dikongsikan di luar sana, namun kali ini kami akan kongsikan resipi yang istimewa daripada pengguna Facebook, Azlina Ina Fans.

Azlina Ina Fans/Facebook

Menariknya, resipi ini tidak memerlukan mesin pengadun sebaliknya hanya perlu digaul menggunakan senduk nasi sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Azlina Ina Fans/Facebook

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri (boleh gantikan dengan tepung gandum bersama 1 sudu serbuk penaik)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan serbuk koko atau Milo
  • ¼ cawan air panas

Kaedah penyediaannya :

1. Campurkan gula dan telur, kemudian gaulkan sehingga sebati menggunakan senduk nasi

Azlina Ina Fans/Facebook

2. Setelah itu masukkan pula minyak dan kacau

Azlina Ina Fans/Facebook

3. Masukkan pula tepung dan serbuk koko. Gaulkan juga sehingga sebati

Azlina Ina Fans/Facebook

4. Tambahkan sedikit air panas

Azlina Ina Fans/Facebook

5. Adunan boleh dimasukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit. Ataupun boleh dikukus selama 40 minit.

Azlina Ina Fans/Facebook

Siap untuk dihidangkan!

Azlina Ina Fans/Facebook

Memang mudah, hanya berbekalkan senduk nasi sahaja. Ianya amat sesuai untuk dibuat jika di rumah tiada mesin pengadun tetapi teringin pula mahu makan kek coklat.

Kos pembuatan kek yang murah, modal tidak mencecah RM10 pun. Kini anda bolehlah nikmati kek coklat di rumah. Jadi jangan buang masa lagi, jom buat sekarang!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular