Bertemakan ‘Limited Edition Ocean’, jenama tudung terkenal iaitu Tudung People baru-baru ini melancarkan koleksi tudung terbaru yang diperbuat daripada 100% bahan buangan plastik.

Ia merupakan inisiatif pertama jenama berkenaan memperkenalkan produk tudung yang lebih mesra alam buat para pelanggannya.

Edisi terhad ini sebenarnya adalah merupakan gabungan kerjasama antara Tudung People dengan KLOTH Cares.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Difahamkan bahawa koleksi itu diilhamkan apabila pengasas dan pengarah kreatif jenama berkenaan, Fazrena Aziz bercuti ke Pulau Redang.

“Saya lihat banyak sisa plastik di sekitar persisiran pantai. Ada juga yang terapung di air. Memang kecewa dan sedih”, jelasnya.

Walhal beliau sendiri sangat menikmati panorama batu karang di dalam laut yang berwarna warni serta sekumpulan penyu yang berenang di sana.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Tambahnya, pengalaman di sana dikongsikan bersama pasukannya di samping memikirkan idea untuk menyelamatkan alam sekitar.

Ia seharusnya bermula dengan kesedaran orang ramai dan dengan itu, lahirlah idea penggunaan tudung jenama itu sebagai medium untuk memberikan mesej tersebut.

Menariknya, ‘Ocean Collection’ keluaran Tudung People terdiri daripada 10 jenis selendang bercetak yang diperbuat 100% daripada plastik kitar semula.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Setiap satu daripadanya difahamkan berupaya untuk menjimatkan sebanyak lapan botol plastik daripada dibuang di tapak pelupusan sampah sekaligus hanyut ke lautan.

Tidak disangka, kain yang diperbuat daripada 100% bahan plastik itu boleh menjadi sejenis fabrik yang cantik dan lembut.

Selain itu, Tudung People turut memilih kertas bungkusan yang dihasilkan daripada bahan kitar semula sebagai usaha menyokong kempen tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Ia direka untuk teguh dan tahan lama, selain berkualiti tinggi untuk tempoh yang panjang. Ia juga boleh digunakan berulang-ulang kali menerusi pelbagai cara.

Pembungkusan itu juga turut dilengkapi dengan mesej yang mampu memberikan kesan mendalam buat para pengguna tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar.

Menarik bukan? Untuk pengetahuan anda, koleksi ini juga telah pun dilancarkan di semua butik Tudung People dan juga boleh didapati secara dalam talian.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular