Gelaran anjing itu peneman setia manusia, ternyata banyak kebenarannya.

Rakaman video mencuit hati ini menunjukkan seekor anjing baka Golden Retriever melindungi seorang gadis kecil daripada dimarahi ibunya dan ia menjadi tular di China. 

Semasa kejadian itu, si ibu berkata anjing kesayangan mereka, Harry yang berusia lima tahun, tanpa berselindung berasa simpati dan bertindak melindungi anak perempuannya yang berusia dua tahun ketika dia dimarahi kerana berkelakuan nakal.

Paparan Skrin/Douyin

Ibu ini berkata Harry dan anak perempuannya, You You mempunyai ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang erat memandangkan mereka membesar bersama.

Harry bergegas berada di sisi You You untuk melindungi dan membelanya daripada terus dimarahi oleh ibu mereka dalam suasana menyentuh hati.

Ibu dari Xuzhou, China ini berkata dia tiba-tiba naik angin dan mula marah apabila mendapati anak perempuannya membuka krim yang baru yang dibelinya dan si kecil ini menggunakannya sebagai mainan.

Paparan Skrin/Douyin

Rakaman video itu menunjukkan si anjing Harry yang mendapat namanya melalui watak Harry Potter, bertindak melindungi si kecil You You.

You You berhenti menangis sebaik sahaja Harry memeluk erat dengan kakinya seperti sedang memujuk. 

Ketika You You dimarahi, Harry menunjukkan muka bengisnya tanda dia sedang memarahi ibunya dan menyuruhnya untuk berhenti membebel.

Paparan Skrin/Douyin

Reaksi membelanya yang spontan comel itu berjaya dirakam oleh ibu You You di kamera telefonnya dengan rasa amat geli hati. Perasaan marahnya tiba-tiba bertukar lucu hendak ketawa ketika itu. Rasa jengkel dan lucu pada masa yang sama.

Ibu ini yang dikenali sebagai Sun berkata ketika kejadian, dia baru saja membeli krim muka untuk You You dan meninggalkannya di atas meja ruang tamu.

Ketika sedang sibuk menyiapkan makan tengah hari, dia terkejut dan tiba-tiba menjadi amat marah apabila mendapati You You sedang bermain dengan krim itu apabila kesemua bungkusannya telah terkoyak.

Paparan Skrin/Douyin

“Saya marah benar pada masa itu. Saya baru sahaja membeli krim untuk You You dan separuh daripadanya sudah habis. You You mula menangis tanpa henti selepas saya menjerit kepadanya,” kata Sun.

Tetapi dia mengakui kemarahannya terus reda dan berasa tersentuh selepas melihat Harry membela anak perempuannya dengan sepenuh hati.

Video itu menunjukkan Harry mengetap gigi ke arah ibunya sambil melindungi si kecil yang sedang menangis, dan nampaknya dia memberi amaran kepada ibunya untuk terus berundur dan mengalah. Harry malah menjadi lebih marah dan terus membela You You supaya ibunya berhenti memarahi mereka.

“Kamu ke tepi. Berhenti lindung dia,” suara ibu Sun dapat didengar sedang menjerit kepada Harry dalam video itu.

Paparan Skrin/Douyin

Harry juga melakukan yang terbaik untuk melindungi adik perempuannya sambil memeluk erat dengan kakinya di sekeliling You You dan meletakkan kepalanya di bahu si kecil ini dengan menunjukkan wajah sayu tanda simpati.

Langsung si ibu Sun menjadi tenang dan terus terlupa untuk memarahi You You.

“Anjing ini tahu menunjukkan kasih sayang dan kesetiaannya apabila kami sentiasa menyayangi dan melayannya dengan baik. Saya langsung tidak jadi marah selepas itu,” kata Sun.

Paparan Skrin/Douyin

“Setiap kali kami bercakap dengan nada yang kasar, dia akan datang dan berusaha melindungi anak saya dengan kaki dan badannya. Dia akan melindungi anak saya dengan nyawanya,” tambah ibu ini lagi dengan rasa terharu.

Sun berkata, dia akan menyimpan momen lucu Harry melindungi dan membela anak perempuannya sebagai kenangan. Sudah pasti apabila You You telah dewasa dan melihat video itu, dia akan berasa memorinya bersama Harry tetap kekal abadi, walaupun pada ketika itu Harry sudah tiada.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular