Demi mencari rezeki dan menyara keluarga, ramai yang sanggup meredah hujan dan panas. Ianya amat meruntun jiwa sekiranya individu itu sudah pun berusia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @nawalhudaa ada berkongsi kisah seorang penjual telur yang mencari rezeki di sekitar Gombak, Selangor.

Peniaga warga emas tersebut yang mesra disapa Pak Cik Ali berkenaan sering dilihat berdiri di sisi van miliknya sambil menunggu pelanggan.

@nawalhudaa/Twitter

Menurut sumber, Pak Cik Ali akan memeriksa setiap biji telur yang dijualnya bagi memastikan kualitinya. Bukan itu sahaja, telur yang dijual itu juga agak berpatutan!

Difahamkan bahawa Pak Cik Ali sebelum ini menjual baju di pasar malam. Tapi sekarang dah boleh meniaga. “Alhamdulillah, ada telur ni pakcik boleh jual”, kata Pak Cik Ali.

Jika dilihat, saiz telur yang dijual Pak Cik Ali cukup memuaskan hati. Bukan hanya gred A, bahkan ada gred AA juga.

@nawalhudaa/Twitter

Tambahan pula, telur-telur berkenaan tidak dicemari dengan najis ayam dan sudah dibersihkan. Maka senanglah kerja kita setelah membelinya bukan?

Selain itu, demi meminimumkan pergerakan ketika pandemik COVID-19 ini, pelanggan juga boleh membeli telur secara pandu lalu sahaja. Mudah bukan?

@nawalhudaa/Twitter

Difahamkan bahawa lokasi jualan Pak Cik Ali adalah di pusat beli belah M3, Gombak dan waktu operasinya pula bermula jam 2 petang hingga 8:30 malam setiap hari.

Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda terserempak dengan Pak Cik Ali, berilah sokongan dengan membeli telur yang dijualnya..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular