SEOUL – Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas 32 orang rakyatnya yang dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin influenza.

KIM HONG-JI/AFP via Getty Images

Meskipun kesemua rakyat meninggal dunia sejurus selepas mendapatkan suntikan, pihak berkuasa kesihatan masih belum menemui sebarang perkaitan atau punca utama tentang keadaan tersebut.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci mengenai kaitan vaksin dengan kematian dan membuat pengumuman terbuka berhubung perkembangan siasatan itu,” kata Chung ketika mesyuarat di ibu pejabat Pusat Keselamatan dan Pencegahan Bencana.

Jelas beliau lagi, “Saya meminta Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berunding dengan pakar dan melakukan yang terbaik untuk mengambil langkah-langkah proaktif dan segera menjelaskan mengenai keadaan itu supaya rakyat tidak takut dapatkan suntikan vaksin”.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mendapati majoriti rakyat berasa takut untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza. Isu ini timbul selepas seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia di bandar pelabuhan barat Incheon dua hari selepas mendapatkan suntikan. Majoriti kes kematian yang lebih kurang sama turut dilaporkan di beberapa kawasan lain yang melibatkan golongan warga emas.

Meskipun ramai rakyat berasa gusar, kerajaan tetap memutuskan untuk meneruskan program imunisasi yang melibatkan golongan remaja dan warga emas ini bagi mengelakkan rakyat dijangkiti demam selesema sekali gus membanteras “pandemik berkembar”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular