Sejak negara ini memasuki gelombang ketiga wabak COVID-19, lebih daripada 1,000 pelajar sekolah telah dijangkiti virus tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian COVID-19 pada 22 Oktober melaporkan sebanyak 587 kes positif disahkan sejak gelombang ketiga bermula terdiri daripada pelajar sekolah rendah berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Manakala 670 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Dr Noor Hisham mendedahkan statistik ini lebih tinggi sejak kes positif membabitkan pelajar sekolah direkodkan pada bulan Februari. 

“Sejak awal wabak pada bulan Februari hingga 21 Oktober, 830 pelajar berusia 12 tahun telah dikesan dijangkiti COVID-19. Bagi mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun, terdapat 1,315 kes positif secara keseluruhan,” katanya.

12 sekolah telah diarah tutup buat sementara waktu sejak 20 September, terutama sekolah yang melaporkan hubungan kontak rapat dengan kluster dan berada dalam zon merah. 

@BernamaTV/Twitter

Sekolah yang ditutup di setiap negeri adalah:

Negeri Sembilan

Tiga sekolah membabitkan Kluster Cahaya, Sofi, dan Bah Manggis.

Johor

Tiga sekolah membabitkan Kluster Simera dan Rinting.

Kuala Lumpur

Dua sekolah membabitkan Kluster Jalan Pantai dan Long.

Pulau Pinang

Satu sekolah membabitkan Kluster Alma.

Melaka

Satu sekolah membabitkan Kluster Bukit.

Putrajaya

Satu sekolah membabitkan Kluster Selasih.

Sarawak

Satu sekolah membabitkan Kluster Bah Arnab.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular