Seorang ibu memberi peringatan tepat pada masanya ketika era pandemik sedang menular agar semua orang berhenti mencium bayi baru lahir, setelah anak perempuannya meninggal dunia dua tahun lalu.

Anak perempuan Abigail Friend yang dinamakan Aliza Rose Friend baru berusia 8 hari ketika meninggal dunia pada tahun 2018 akibat dijangkiti virus HSV-1 yang dapat dicegah, atau Herpes, setelah dicium oleh pembawa penyakit itu atau disentuh oleh mereka yang tidak mencuci tangan.

Aliza’s Story/Facebook

Semenjak itu, Abigail menggunakan suaranya di media sosial untuk membantu menyebarkan kesedaran mengenai penyakit ini.

“Tidak kira berapa hari atau tahun bayi anda, HSV-1 dapat disebarkan apabila virus itu hidup dan berada pada kulit atau permukaan,” kata Abigail di laman Facebooknya, Aliza’s Story.

“HARAP berhenti mencium bayi dan SELALU mencuci tangan anda sebelum menyentuhnya,” tulisnya.

Aliza’s Story/Facebook

“Aliza sihat SEMPURNA ketika dia dilahirkan. Sekarang kami telah menghabiskan masa lebih dari 2 tahun tanpa kehadirannya dan kehilangan ini bukan perkara mudah. Kami sangat merindui dan menyayangimu Aliza Rose,” luah Abigail dan pasangannya yang masih bersedih.

Aliza’s Story/Facebook

Ketika Abigail pertama kali mengumumkan kematian anak perempuannya pada tahun 2018, dia menjelaskan Aliza sihat selama satu setengah hari, sebelum selama enam hari tiba-tiba telah jatuh sakit yang telah memusnahkan sistem ketahanan tubuhnya yang masih lemah dengan sepenuhnya.

Aliza’s Story/Facebook

Tulis Abigail, “Pada hari itu, beberapa keluarga dan teman rapat datang mengunjunginya ketika dia dilahirkan.”

“Tidak ada cara untuk mengetahui siapa yang menjangkitinya kerana ini adalah virus yang biasa. Mungkin ada seseorang yang kami tidak kenali,” tulisnya dalam nada terkilan.

Aliza’s Story/Facebook

Jangkitan Herpes ke atas bayi boleh menjadi sangat serius, kerana sistem imun bayi yang belum mampu membangun menjadi lebih kuat.

Sejak kehilangan bayi yang menjadi tamparan amat dahsyat, Abigail Friend terus memberi amaran dan peringatan kepada kalangan orang ramai supaya tidak mencium bayi yang baru dilahirkan dan mencuci tangan mereka sebelum memegang atau mengendalikan bayi, sambil terus menulis catatan emosi mengenai kehilangan anak perempuan kesayangannya.

Aliza’s Story/Facebook

“Kehilangan anak bukan sekadar kehilangan anak. Anda kehilangan semua perkara yang pernah anda lakukan bersama mereka, melihat perkembangan dan kejayaannya, semuanya,” tulis Abigail.

Aliza’s Story/Facebook

Abigail terus beremosi dengan memori itu menulis, “Anda kehilangan segalanya, termasuk diri anda sendiri. Oleh itu, sekiranya anda melihat ibu bapa yang kehilangan bayi, luangkan masa sebentar dan tanyakan mengenai bayi mereka. Anda mengingatkan kami bahawa mereka sudah meninggal dunia, tetapi seseorang yang lain masih mengingati ketika mereka masih HIDUP.”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular