Pihak berkuasa baru-baru ini telah mengenakan denda dan tindakan tegas terhadap enam orang pelajar yang tidak mengimbas kod MySejahtera mahupun menulis nama di buku log.

Laporan mendedahkan bahawa sekumpulan lapan pelajar universiti didapati datang ke kedai makan namun enam daripadanya gagal melakukan pendaftaran masuk.

Pemeriksaan secara mengejut dilakukan oleh pihak penguasa ekoran di premis makanan berkenaan bagi memastikan setiap individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sin Chew Daily

Tindakan itu kemudian menyebabkan mereka dikenakan denda sebanyak RM1,000. Turut tidak terkecuali, pemilik restoran juga turut dikenakan denda kerana melanggar SOP.

Ini kerana pemilik premis difahamkan gagal melatih pekerjanya untuk mengambil suhu pada pelanggan selain mewajibkan rekod daftar masuk pada buku.

Asisten Komisioner Beh En Lai selaku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka mendedahkan bahawa sejumlah 747 denda telah dikeluarkan.

Foto hiasan/New Straits Times

Tindakan tersebut dikenakan kepada individu-individu yang didapati telah melanggar SOP sejak awal bulan hingga 20 Oktober 2020.

Menurutnya, 50% daripada mereka tidak memakai pelitup muka manakala 30% pula tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Di samping itu, 20% pula adalah individu yang didapati tidak mengimbas kod MySejahtera atau kakitangan yang tidak mematuhi SOP.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular