Tidak semua individu biasa menggayakan kasut tumit tinggi, bukan? Bahkan para peragawati juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Itulah yang menimpa pada seorang model Pakistan ketika Minggu Fashion Pakistan diadakan, di mana kasut yang dipakai Kesha Siddique pada ketika itu mengalami masalah.

Tidak dapat dipastikan jenis masalah pada kasut tersebut namun situasi itu dengan pantas ‘diselamatkan’ oleh rakan model Kesha iaitu Subhan Awan.

Bollyville/Facebook

Dalam satu video yang tular di laman media sosial, Subhan pada mulanya dilihat memegang Kesha yang mengalami kesukaran untuk berjalan.

Mereka berdua kemudiannya berhenti lalu Subhan kelihatan tunduk untuk membuka kasut yang dipakai Kesha.

Subhan dengan santai kemudiannya dilihat memegang sahaja kedua-dua kasut Kesha tatkala mereka kembali memulakan tugas di pentas peragaan.

Bollyville/Facebook

Memang macam lelaki sejati! Tindakan Subhan tersebut semestinya mengundang pujian rata-rata pengguna wanita di media sosial.

Sudah tentu. Semuanya bermula daripada rumah kan?

Bollyville/Facebook

Bollyville/Facebook

Ada juga pengguna yang mahu mendidik anak mereka sebegini

Bollyville/Facebook

Betul tu! Bapa Subhan juga perlu diberikan kredit..

Bollyville/Facebook

Pasti Subhan digilai ramai selepas ini. Beruntunglah siapa yang dapat Subhan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular