Media milik Parti Komunis China melaporkan bahawa vaksin yang dibangunkan oleh syarikat milik Parti Komunis China untuk Virus PKC (COVID-19) akan dipasarkan pada akhir tahun ini, dan harga jualan telah ditetapkan iaitu 1,000 yuan (RM 622.10) untuk dua set vaksinasi.

Subjek yang bersetuju untuk mencuba vaksin Virus PKC mesti menandatangani perjanjian kerahsiaan. 

Namun, terdapat laporan yang menyatakan bahawa rakyat China tidak mempercayai vaksin yang dihasilkan di China itu akan berkesan mengubati pesakit Virus PKC, namun tiada siapa yang berani menerima vaksin tersebut.

The Epoch Times/YouTube

Menurut laporan berkenaan, vaksin tersebut dihasilkan oleh dua syarikat iaitu Wuhan Biology dan Akademi Sains Beijing.

Seorang ibu, He Fangmei mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa percubaan vaksin di Henan dan memberitahu The Epoch Times bahawa anak perempuannya itu kini kehilangan upaya akibat menggunakan vaksin yang dihasilkan oleh dua syarikat ini.

Menurut He Fangmei, “Masalah anak ini masih belum dapat diselesaikan dan dua syarikat ini masih tidak berasa malu untuk menghasilkan vaksin palsu dan memasarkannya. Apa jenis perjanjian kerahsiaan yang harus ditandatangani, jadi saya bertanya, apa yang perlu dirahsiakan?”

The Epoch Times

He Fangmei turut berkata, “Vaksin ini sedang mengalami krisis kebolehpercayaan kerana jaminan rawatan selepas jualan tidak disertakan, dan ‘undang-undang vaksin negara’ tidak memberi jaminan kesihatan untuk melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa vaksin. Ini satu sikap untuk mengabaikan tanggungjawab, undang-undang yang dibuat untuk mengelakkan tanggungjawab.”

He Fangmei juga berkata rata-rata rakyat China tidak mempercayai vaksin yang dibuat di China, tidak seorang pun yang mahu menerima vaksin virus PKC ini.

He Fangmei atau nama dalam taliannya, ‘Thirteen Sisters’ mendedahkan pada tahun 2018, anak perempuannya yang berusia satu tahun telah menjadi lumpuh selepas mendapatkan vaksinasi yang dikeluarkan oleh dua syarikat itu.

The Epoch Times

Demi anak perempuannya dan turut mewakili anak-anak lain yang menjadi mangsa vaksin virus, dia terus menuntut pihak PKC untuk menyelesaikan masalah vaksin palsu.

He Fangmei ditahan pihak berkuasa pada bulan Mac tahun lalu dan dibebaskan dari penjara pada bulan Januari tahun ini, sehingga kini masih tidak berputus asa untuk mempertahankan hak anak perempuannya demi mendapatkan keadilan dan pampasan setelah menerima vaksinasi palsu yang memberi kesan menjadi kehilangan upaya.

 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular