Fasa kehamilan adalah salah satu detik yang paling menggembirakan buat pasangan suami isteri.

Menurut kajian, hampir 60% ibu mengandung akan mengalami alahan atau mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan, tidak suka bau badan suami, mudah letih dan sebagainya.

Namun, bukan semua ibu mengandung akan melalui proses kehamilan yang sama. Seperti wanita ini yang telah menceritakan pengalaman peribadinya sewaktu mengandung pada tahun lalu.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nur Azs ini, proses kehamilan yang dilalui olehnya sungguh luar biasa sehingga membuatkan dia tidak mengenali dirinya sendiri!

Facebook

Ibu-ibu lain mungkin akan mengalami muntah-muntah sahaja tetapi berbeza dengan Nur Azs yang mengalami perubahan wajah secara ketara ketika hamil. Menurut perkongsian di Facebook, Nur Azs telah berkongsi beberapa gambar swafoto dirinya yang telah mengejutkan ramai orang.

Nur Azs menceritakan bahawa ketika mengandung, mukanya mula membengkak dengan teruk selain berkedut dan membuatkan dirinya kelihatan seperti seorang wanita tua! Nur Azs mengakui terkejut dengan perubahan tersebut kerana tidak pernah menyangka alahan seperti itu boleh terjadi kepada dirinya.

Facebook

Selain raut wajah berubah, warna kulitnya juga bertukar menjadi gelap selain tubuh dipenuhi dengan kesan alergik. Dugaan yang cukup berat bagi seorang ibu mengandung apatah lagi kerana Nur Azs menyatakan dirinya pernah dihina dan dikritik oleh segelintir individu kerana wajahnya itu…

Facebook

Kejadian ini membuatkan Nur Azs hilang keyakinan diri untuk berada di luar dan berjumpa dengan orang ramai. Bagaimanapun, dia sempat memanjatkan rasa syukur kerana masih dikelilingi dengan segelintir individu yang memahami situasi tersebut. Malah, perubahan ini juga cuma bersifat sementara sahaja.

Apa yang paling penting adalah, Nur Azs dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel!

Facebook

Perkongsian ini membuatkan ramai netizen yang mendoakan Nur Azs supaya tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Malah, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama dan hal ini menunjukkan bahawa ia bukanlah satu perkara yang aneh.

“Pernah lalui juga setiap kali mengandung. Jadi kembang habis. Tengkuk hitam sampai orang tak kenal. Masa saya mengandung, loya dan muntah tidak begitu teruk, proses bersalin juga mudah tetapi ujian melalui penampilan. Orang cakap anak ambil seri ibu mengandung. Tidak semua orang mengandung diuji sebegini. Tahniah puan, semoga kuat. Puan tidak berseorangan”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular