KUALA LUMPUR – Melalui Inisiatif Bantuan UM Prihatin, pihak Universiti Malaya (UM) mengumumkan pengurangan yuran perkhidmatan universiti sebanyak RM120 untuk setiap semester kepada lebih 22,000 penuntut yang terlibat.

Twitter

Menurut kenyataan rasmi dari Pejabat Komunikasi Korporat UM, inisiatif pengurangan yuran perkhidmatan ini diberikan selama tiga semester bermula semester kedua bagi sesi 2019/2020 dan semester pertama dan kedua bagi sesi 2020/2021.

Keputusan pihak UM untuk mengurangkan yuran ini melibatkan sejumlah RM2.7 juta bagi setiap semester dan akan memanfaatkan seramai 22,000 mahasiswa dan mahasiswi UM.

“Bermula sejak semester dua bagi sesi 2019/2020, UM melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana penuntut tidak perlu berada di kampus”.

Twitter

“Justeru, prihatin terhadap kebajikan penuntut, UM memutuskan supaya pengurangan yuran perkhidmatan universiti sebanyak RM120 bagi setiap semester diberikan kepada penuntut warganegara dan bukan warganegara”.

Pengurangan yuran perkhidmatan ini dikatakan antara 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula ditawarkan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. Yuran perkhidmatan ini juga merangkumi sukan dan rekreasi, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kesihatan serta kebajikan.

Twitter

“Mari kita sama-sama berdoa penularan COVID-19 ini akan segera berakhir supaya kita dapat kembali menjalankan kehidupan kampus seperti sedia kala. Sekiranya terdapat penuntut yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan yuran ini, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian 03-79673289 atau melalui e-mel kepada bursar_student@um.edu.my“.

Semoga inisiatif yang dimulakan oleh Universiti Malaya ini dapat dicontohi oleh universiti lain dalam membantu meringankan kesulitan yang dialami oleh para pelajar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular