Selebriti Hollywood terkenal, Rebel Wilson, atau lebih dikenali dengan wataknya dalam filem Pitch Perfect iaitu Fat Amy.

Baru-baru ini telah mendedahkan perubahan terbesar dalam kehidupannya apabila Rebel Wilson berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 paun (22.7 kg) dalam masa setengah tahun.

Rebel Wilson/Instagram

Rebel Wilson/Instagram

Menurut Rebel Wilson, penurunan berat badan ini melibatkan banyak usaha daripadanya sendiri iaitu dengan melakukan senaman, menukar mentaliti diet dan mengambil makanan yang sihat.

Rebel Wilson yang telah mencecah umur 40 tahun pada tahun ini sebenarnya bermatlamat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat sementara memecahkan ‘imej’ kegemukan yang sering digunakan dalam penggambaran filemnya selama ini.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi tiga tips yang digunakan oleh Rebel Wilson untuk mencapai berat badan idealnya kini.

Rebel Wilson/Instagram

Rebel Wilson/Instagram

1. Lakukan senaman sehingga 7 kali seminggu

Dalam sebuah temubual, Rebel Wilson mendedahkan bahawa dia akan melakukan senaman aerobik dengan pelatih peribadinya selama 4 hari seminggu, termasuk berlari dan berjalan. 

Pelatih peribadinya malah mencadangkan Rebel Wilson untuk menetapkan jumlah matlamat berjalan kaki pada setiap hari, seperti 10,000 langkah setiap hari.

Dalam tiga hari yang lain, Rebel Wilson tidak akan bermalas-malas, dia akan melakukan sebilangan kecil latihan aerobik untuk membantu membakar lemak.

Rebel Wilson/Instagram

2. Betulkan semua mentaliti makan makanan yang banyak

Makan dalam kuantiti yang berlebihan ketika sedang gembira atau tidak senang, seperti makan gula-gula atau makanan ringan adalah satu mentaliti yang berbahaya. Jadi langkah pertama untuk menurunkan berat badan adalah dengan membetulkan semula mentaliti anda. 

Dalam enam bulan terakhir, Rebel Wilson telah membetulkan mentalitinya dengan berhenti menggunakan makanan untuk mengisi emosinya, berhenti dari kebiasaan buruk, dan hasilnya, berat badan Rebel Wilson semakin menurun dengan sihat.

Rebel Wilson/Instagram

3. Ambil makanan yang berserat tinggi atau protein

Makanan dengan serat tinggi, termasuk kacang, telur, alpukat, dan lain-lain, dapat mengekalkan kekenyangan untuk waktu yang lama, yang merupakan salah satu cara yang digunakan oleh ramai orang untuk menurunkan berat badan. 

Rebel Wilson juga menggunakan kaedah ini. Rebel Wilson didakwa makan sekitar 35g makanan berserat tinggi sehari untuk memastikan dirinya kenyang, mengelakkan makan makanan ringan, dan mengurangkan kemungkinan peningkatan lemak dan kalori badan.

Rebel Wilson/Instagram

Jika Fat Amy boleh lakukannya, mengapa tidak kita? Jom mula turunkan berat badan secara sihat!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular