Umum ketahui bahawa wabak COVID-19 yang telah menular ke seluruh pelosok dunia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sektor ekonomi dunia.

Dan salah satu industri yang turut menerima kesan besar adalah industri penerbangan yang terpaksa mengehadkan sesi penerbangan mereka.

Gambar hiasan/Unsplash

American Airlines, adalah salah satu syarikat penerbangan terkemuka yang turut sama menerima impak negatif daripada penularan wabak ini. Beribu-ribu kakitangan syarikat ini terpaksa diberhentikan bagi menampung kos operasi yang besar.

Sekumpulan pekerja daripada syarikat ini yang turut sama diberhentikan atas alasan yang sama bagaimanapun telah memuat naik ‘ucapan terakhir’ mereka menerusi rakaman video TikTok.

Ucapan berkenaan dipercayai ditujukan kepada semua penumpang ketika kapal terbang telah mendarat di lapangan terbang.

Gambar hiasan/Unsplash

“Para penumpang, saya mahu berkongsi sedikit ucapan terakhir dengan anda semua sebelum kita berpisah hari ini. Seperti yang kita semua tahu, COVID-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia pada tahun ini. Saya pasti anda semua sedikit sebanyak ada menerima kesannya. Dan malangnya, industri penerbangan telah menerima kesan yang besar. Berikutan itu, American Airlines terpaksa memberhentikan sebanyak 8,099 pekerjanya.

“Semua kru penerbangan dalam penerbangan ini adalah sebahagian daripada nombor itu, dan ini adalah penerbangan kami yang terakhir.

@thirstykirstie/TikTok

“Kami mahu berterima kasih kepada anda semua. Terima kasih untuk senyuman, kebaikan, dan semestinya, perniagaan anda. Setiap hari saya menyaksikan keajaiban manusia yang kecil. 

“Orang yang tidak mengenali saling bantu-membantu, berkongsi gambar dan kisah tentang orang yang disayangi yang mahu dilawati, memujuk sesama sendiri ketika cuaca sedang buruk, mengusik bayi yang duduk di barisan hadapan, terlalu banyak perkara yang membuatkan pekerjaan ini hebat, tetapi sebab utamanya adalah kerana anda. Dengan seikhlas hati saya, terima kasih.”

@thirstykirstie/TikTok

Ucapan terakhir dari pramugari ini sememangnya mengundang sebak bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Diharapkan agar semua kakitangan yang terlibat dapat menempuh segala dugaan pada masa yang akan datang dan terus kuat untuk mencari rezeki.

Kita boleh lakukannya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular