Masihkah anda ingat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu? Pada waktu itu, tiada seorang individu pun dibenarkan untuk keluar dari rumah dan berkumpul beramai-ramai.

Pada masa yang sama, fenomena pembelian panik atau ‘panic buying’ dikatakan menyebabkan kilang roti terpaksa meningkatkan pengeluaran kerana permintaan yang tinggi daripada rakyat.

Melihat kepada video yang dikongsikan di Facebook oleh Aaron Kay ini membuatkan admin teringat akan detik pembelian panik tersebut. Namun kali ini, ia bukan melibatkan sekumpulan manusia tetapi seekor memerang.

Aaron Kay/Facebook

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, kejadian dipercayai dirakamkan di sebuah pusat penempatan haiwan menunjukkan seekor memerang comel sedang mengambil snek untuk dimakan.

Aaron Kay/Facebook

Video ini meraih perhatian warganet dan sehingga kini telah mencatatkan lebih 157,000 perkongsian disebabkan oleh gelagat memerang ini yang cuba untuk mengambil sebanyak mungkin snek sehingga menyukarkannya untuk melakukan perjalanan pulang ke tempatnya.

Aaron Kay/Facebook

Lihatlah betapa banyaknya lobak merah yang diambil oleh memerang ini. Ketika membawa pulang kesemua snek percuma itu, beberapa kali memerang ini terpaksa menghentikan perjalanan buat sementara waktu kerana lobak itu asyik terjatuh dari mulutnya.

Aaron Kay/Facebook

Dalam tempoh satu minit sahaja, sudah tiga kali memerang ini menjatuhkan makanannya. Perjalanannya terhenti beberapa kali sehinggakan memerang lain boleh memecutnya dari belakang sambil membawa ‘muatan’ lobak yang lebih ringan.

Mungkin memerang ini malas untuk keluar mengambil makanan semula dan disebabkan itulah ia mengambil keputusan untuk membawa muatan penuh lobak merah! Apa-apa pun, gelagat yang comel!

Lihat gelagat memerang yang comel lagi menggeramkan ini di bawah:

Aaron Kay/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular