Air Selangor mengumumkan bahawa empat buah Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang telah diarahkan untuk henti tugas.

Ia didedahkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik Air Selangor menerusi laman Facebook rasminya ekoran terdapat insiden pencemaran sumber air mentah telah dikesan.

Sehubungan dengan arahan henti tugas berkenaan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan lebih 1 juta pengguna merangkumi 1,292 kawasan.

Gangguan tersebut melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Bagi proses pencairan dan ‘flushing’ bahan pencemaran, Air Selangor difahamkan telah melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 (kapasiti 285 juta sehari).

Sementara pihak pengurusan turut melakukan pelepasan air mentah daripada empangan (kapasiti 800 juta liter sehari).

Lembaga Urus Air Selangor juga telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Berdasarkan kenyataan itu, difahamkan bahawa setakat jam 6:30 pagi ini, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON.

Susulan gangguan bekalan air tersebut, Air Selangor berkata pihaknya menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas.

Keutamaan juga diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat-pusat dialisis.

Selain itu, buat pengguna yang memerlukan bekalan air untuk tujuan kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi talian 15300.

Anda boleh rujuk kawasan-kawasan yang terlibat menerusi pautan ini.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular