Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah rakaman kamera papan pemuka menujukkan kejadian bagaimana seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki dewasa ketika di atas jalan raya.

Rakaman pendek yang berdurasi selama 30 saat itu pada mulanya menunjukkan bagaimana anak perempuan yang membonceng motosikal seorang lelaki dewasa secara tiba-tiba telah terjatuh ke atas jalan raya ketika motosikal itu mula bergerak selepas berhenti di lampu isyarat merah.

Facebook

Lelaki berkenaan bagaimanapun dilihat tidak perasan bahawa kanak-kanak perempuan itu telah terjatuh dan dengan bersahaja telah meneruskan perjalanannya.

Dalam masa yang sama, selepas kanak-kanak itu terjatuh, kanak-kanak itu dengan segera bangun dan berlari mengejar semula motosikal itu sementara pemandu kenderaan yang merakam kejadian itu terus-menerus menekan hon agar lelaki itu mengetahui perkara yang berlaku.

Facebook

Tetapi, tanpa disangka-sangka, selepas lelaki itu mula perasan bahawa kanak-kanak itu telah tiada di atas motosikalnya, lelaki itu bertindak untuk berhenti dan turun dari motosikalnya dan serta-merta menendang kanak-kanak perempuan itu sehingga kanak-kanak itu terpelanting dari tempat asalnya.

Facebook

Tindakan kasarnya itu semestinya telah mengundang rasa terkejut dan marah pemandu yang menyaksikannya.

Tidak pasti sebab lelaki itu berkelakuan kasar sebegitu kepada anak yang masih kecil tetapi jika lelaki itu adalah bapa kepada kanak-kanak itu, pasti kanak-kanak itu berdepan dengan masalah yang besar kerana memiliki bapa yang suka mendera secara sesuka hati.

Difahamkan, rakaman ini berlaku di China dan sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook ini telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih sebanyak 459 perkongsian, 452 reaksi dan 94 komen dari rata-rata warganet yang berasa marah dan kecewa dengan perlakuan lelaki dewasa itu.

Facebook

Diharapkan, semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak akan berkasar dengan kanak-kanak kerana mereka masih lemah dan terlalu banyak perkara lagi yang belum mereka lalui. Semoga kiriman ini boleh menjadi iktibar kepada semua orang untuk tidak melakukan perkara sedemikian kepada anak-anak kecil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular