Meniru suara atau lenggok nada seseorang adalah satu perkara yang bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Kita mungkin biasa mendengar keletah Zulin Aziz meniru gaya percakapan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza serta loghat-loghat dari pelbagai negara berbeza.

Namun kelainan yang ditampilkan oleh remaja lelaki ini membuatkan semua pengguna Internet tergamam dan tidak puas mendengar persamaan suara yang beliau cuba lakukan.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @amsyar_leee ini menjadi bahan bualan hangat media sosial setelah beberapa video menampilkan cubaan beliau untuk meniru suara penyanyi menjadi tular. Apa yang membuatkan warganet menyukai video yang tular ini adalah kebolehan remaja lelaki berkenaan meniru hampir 90% suara seperti penyanyi asal.

Buzzkini

Antara suara artis yang ditiru olehnya adalah Adibah Noor, Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Elizabeth Tan dan Ziana Zain. Sehingga artikel ini ditulis, video yang dikongsikan di Twitter itu telah meraih sehingga 35,000 ulang kicau dan 30,700 tanda suka.

Ramai yang mengagumi bakat terpendam lelaki ini kerana dia bukan sahaja mampu meniru suara artis perempuan tetapi alunan suaranya juga kedengaran merdu! Bukan mudah untuk sesiapa pun meniru suara penyanyi-penyanyi hebat ini. Sedangkan yang perempuan pun susah untuk meniru suara penyanyi perempuan lain tetapi ia bukanlah satu cabaran besar buat @amsyar_leee.

Kita berharap agar @amsyar_leee dapat menghasilkan lebih banyak video hiburan seperti ini di masa akan datang. Sememangnya ramai yang menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh @amsyar_leee. Mungkin selepas ini boleh cuba untuk tiru suara penyanyi dari luar negara pula?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular