Awie, atau nama sebenarnya Mohamad Najmi Daud yang berusia 31 tahun dari Kuala Besut mendapat perhatian ramai selepas kejayaannya menemukan mangsa lemas di dasar sungai berhampiran jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada 9 Oktober lalu.

Bernama

Berikutan kejayaannya yang telah menemui mayat mangsa, Azman Che Mat, 45, hanya dalam masa kira-kira 10 minit selepas selaman dan dengan keadaan arus air sungai yang laju dan keruh, Mohamad Najmi telah menerima surat penghargaan dan sumbangan daripada Ketua Balai Polis Daerah Besut selain menerima lesen motosikal percuma daripada pengusaha sekolah memandu daerah Besut.

Mohamad Najmi yang merupakan orang kelainan upaya kerana mengalami kecacatan di mata kanan sejak lahir dalam temu bualnya bersama Bernama memberitahu bahawa sehingga kini, dia sudah menemui sebanyak dua orang mangsa lemas.

Keupayaan luar biasanya itu juga telah membantu ramai orang termasuk pelancong di terminal pelancong ke Pulau Perhentian apabila mereka kehilangan barangan di dasar air sehingga kedalaman tiga meter.

Malaysia Post

“Antara barang berharga yang sering terjatuh seperti barang kemas, telefon bimbit, spanar dan kunci kereta serta batu permata,” katanya kepada Bernama.

Disebabkan kehebatan Mohamad Najmi dalam kerja-kerja menyelam dan mencari barangan di dasar air tanpa memakai alat bantuan pernafasan atau kaca mata selam, rakannya memaklumkan bahawa ramai penduduk di kampung mereka menggelar Mohamad Najmi sebagai ‘budak ajaib’.

Bernama

“Dia seperti ada kelebihan luar biasa kerana benda sekecil kacangpun dia mampu menemuinya walaupun berada di celah-celah sisa kayu-kayan yang berada di dalam sungai,” kata rakannya, Mohd Zulhibri Ibrahim.

Walaupun Mohamad Najmi yang berasal dari Kampung Timor, Kuala Besut ini mempunyai kebolehan luar biasa sebegini, namun Mohamad Najmi turut mengakui bahawa tugasan ini agak mencabar terutamanya apabila dia perlu menyelam dalam keadaan air sungai yang keruh, terdapat lambakan sampah di dasar sungai, arus sungai yang laju dan dia juga berdepan dengan risiko disengat haiwan air berbisa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular