Berikutan penularan COVID-19 gelombang ketiga yang melanda negara, orang ramai seharusnya sentiasa waspada dan beringat bahawa wabak ini masih belum berakhir.

Gambar Hiasan/Facebook

Terutamanya jika anda telah keluar untuk membeli barangan di luar, jangan sesekali lupakan lima langkah penting yang digariskan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sabah ini.

Jabatan Penerangan Negeri Sabah/Twitter

Ia merangkumi :

Pertama, kendalikan pelitup muka yang telah digunakan dengan betul. Masukkan ia ke dalam beg plastik terlebih dahulu sebelum dibuangkan.

Kedua, elak menyentuh apa-apa permukaan dan juga ahli keluarga anda sebaik sahaja anda tiba di rumah kerana tindakan ini akan mededahkan mereka kepada risiko jangkitan.

Langkah ketiga pula adalah segera ke bilik air dan tanggalkan semua pakaian.

Kemudian mandi dan basuh semua bahagian tubuh sebersihnya menggunakan sabun.

Ia disusuli dengan langkah terakhir, di mana setelah tubuh anda benar-benar bersih, barulah anda boleh bertemu semula dengan ahli keluarga.

Jabatan Penerangan Malaysia/Facebook

Selain itu, anda juga perlu kerap membasuh tangan lebih-lebih lagi jika anda banyak menyentuh permukaan ataupun barangan.

Dan adalah lebih baik jika anda elakkan sahaja urusan tidak penting di luar rumah. Keluar hanya bila perlu sahaja bagi mengelakkan diri anda dan keluarga dijangkiti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular