Sejak penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, banyak negara telah mula menasihatkan semua penduduknya untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar penularan wabak ini dapat dikawal.

Dan, salah satu daripada SOP yang diamalkan adalah seperti mengimbas suhu badan setiap individu yang hadir ke tempat awam.

Baru-baru ini, syarikat KTM Berhad (KTMB) telah menguar-uarkan salah satu inisiatif terbaharu mereka untuk mengimbas suhu para penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB.

Inisiatif yang agak unik dan masih dalam tempoh percubaan ini melibatkan polis bantuan yang memakai helmet pengimbas suhu dan mereka akan membuat rondaan sambil mengimbas suhu para pelanggan di dalam kereta api. Menurut perkongsian KTMB di laman Facebook rasminya, penggunaan helmet ini didakwa dapat mengesan penumpang yang bergejala dan dengan adanya iniasitif ini, diharapkan orang ramai semakin yakin untuk menggunakan perkhidmatan KTMB selepas ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana selain daripada pelaksanaan inisiatif ini, pihak KTMB tetap juga mengamalkan imbasan suhu badan secara normal di stesen mereka dan menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan para pelanggannya.

Ternyata, perkongsian ini telah mendapat sambutan ramai warganet di laman Facebook dan sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 1,300 reaksi, 343 perkongsian dan 228 komen.

KTM Berhad/Facebook

Tahniah diucapkan atas inisiatif yang lain daripada yang lain ini, KTMB. Walaupun polis bantuan yang bertugas kini mirip watak robocop, namun kami bangga dengan penggunaan alat berteknologi tinggi ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular