Pihak Air Selangor mengumumkan bahawa beberapa daerah di Selangor bakal berhadapan dengan gangguan bekalan mulai hari ini, 16 Oktober.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial, gangguan bekalan air yang tidak berjadual itu akan mempengaruhi kawasan Klang, Shah Alam dan Kuala Langat.

Air Selangor/Facebook

Ini susulan insiden paip pecah ekoran kerja-kerja pembinaan berhampiran kawasan Worldwide Seksyen U11 di Shah Alam.

Difahamkan bahawa keseluruhan 59 kawasan yang akan terjejas, melibatkan :

Air Selangor/Facebook

Pihak Air Selangor juga memberi jaminan bahawa bantuan bekalan air akan dijalankan melalui lori tangki ke kawasan terlibat.

Dalam pada itu, segala kemas kini atau situasi semasa mengenai kerja-kerja pembaikian paip pecah tersebut akan disiarkan di semua platform sosial, aplikasi dan laman web Air Selangor.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular