Pada 15 Oktober langit Kolombong di Kota Kinabalu, Sabah menyaksikan penampakan fenomena pelangi api, buat julung kali yang ternyata sangat menakjubkan. 

Kalangan netizen yang menyaksikannya setelah rakaman video fenomena itu di muat naik di laman Facebook menganggapnya sebagai tanda tuah dan bernasib baik, melambangkan ‘Sabah diberkati’.

Kemunculan pelangi api dalam jangka masa singkat di langit Kolombong berlaku jam 1.25 tengah hari 15 Oktober. Ketika itu, cuaca sangat cerah dengan sinaran matahari terik. 

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Namun, segelintir warga Kolombong yang berpenglihatan tajam segera menyedari fenomena jarang berlaku ini lalu menggunakan telefon pintar masing-masing untuk merakamnya dan memuat naik video di media sosial.

Video fenomena ‘pelangi api’ yang dimuat naik di laman Facebook Sin Chew Daily Sabah, telah menarik lebih 1,700 tontonan dan perkongsian lebih daripada 550 netizen yang memberi komen. 

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Ekoran Sabah ketika ini sedang menghadapi ancaman serius pandemik COVID-19, netizen mengaitkan pemandangan luar biasa ini dengan situasi wabak terkini, sambil ada yang meninggalkan mesej dengan menyatakan pendapat dan kepercayaan masing-masing bahawa ia menunjukkan satu petanda baik.

Untuk makluman, fenomena pelangi api boleh berlaku dan muncul dengan kehadiran fakta-fakta seperti berikut:

  • Pelangi api tidak muncul setelah turun hujan.
  • Pelangi api tidak selalu melengkung.
  • Pelangi api memiliki bentuk seperti api yang berwarna-warni.

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Merupakan fenomena alam yang sangat jarang berlaku dan ia adalah luar biasa. Fenomena semula jadi yang boleh berlaku ketika ketinggian awan cirrus di langit yang berada sekurang-kurangnya 6,100 meter, dan jumlah kristal ais di awan cirrus mestilah mencukupi. Faktor yang paling kritikal ialah sudut di mana cahaya matahari bersinar pada awan cirrus pada sudut tepat 58 darjah atau lebih.

Ekoran melihat fenomena luar biasa itu, seorang netizen bernama Haru memberi komen, “Dunia mulai reda daripada malapetaka dan akan berakhir pandemik Covid-19 tidak lama lagi. Tuhan memberkati semua, Tuhan memberkati Sabah.”

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Manakala netizen dikenali Yvonne menulis dia mendoakan keamanan dan kedamaian negeri Sabah dengan kemunculan awan dengan pelangi api yang berwarna-warni itu.

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Seorang netizen bernama Tina berdoa akan kesejahteraan Sabah sentiasa berada dalam keadaan yang bertuah dan berharapan indah.

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Selain, kebanyakan netizen mendakwa bahawa ini adalah awan tujuh warna Monkey King, dengan beberapa netizen lain mendakwa penampakan fenomena ini menunjukkan petanda bencana alam.

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Fenomena semula jadi pelangi api amat jarang berlaku dan sesiapa yang dapat melihatnya secara nyata dan dekat mungkin terdiri dalam kalangan mereka yang bertuah.

Jadi, bertuahlah anda yang telah melihatnya secara dekat, dan doakan sahaja yang baik-baik setiap hari menurut kepercayaan agama masing-masing, tidak kiralah sama ada kita kebetulan terlihat pelangi api atau tidak.

Tonton video di bawah:

Sin Chew Daily Sabah/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular