Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober ini secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap mana-mana insan yang ditimpa kesusahan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @adrianNCF telah berkongsi kisah yang dialaminya sendiri apabila berhadapan dengan individu yang dilanda kesusahan.

Ketika ke kedai ubat tradisional Cina untuk membeli susu bayi, dia ternampak seorang lelaki duduk di luar dalam keadaan yang cukup resah, dengan keadaan kepalanya tertunduk ke bawah.

Adrian kemudian bertanya kepada lelaki itu sama ada dirinya dalam keadaan baik atau tidak. Menurut lelaki itu, bosnya memberitahu bahawa tiada kerja sepanjang tempoh PKPB ini berlangsung.

Ini bermakna dia tidak dapat bekerja dalam tempoh dua minggu. Lebih merungsingkan, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli barangan keperluan keluarganya.

Adrian yang pada ketika itu mempunyai wang RM250 di tangan, segera memberikannya RM200. Lelaki itu ternyata terkejut dengan tindakan Adrian, sehingga air matanya mengalir keluar.

Foto hiasan/Pixabay

“Saya pun lagi sedikit tidak tahan (menangis)”, akui Adrian yang kemudiannya meminta agar lelaki itu segera pulang ke rumah. pasti kepulangannya dinanti keluarga.

Tangan Adrian dijabat lelaki ini, mungkin sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga oleh lelaki itu kepadanya.

Jelas Adrian, dia sama sekali tidak mengenali lelaki berkenaan. “Inilah yang kita (rakyat) sedang alami. Hari ini saya mampu, saya tolong seberapa yang saya boleh”.

“Hari demi hari membuktikan kita sekarang hanya #RakyatJagaRakyat”, tulis Adrian di laman Twitternya.

Realitinya, masih ramai lagi insan yang memerlukan bantuan di luar sana, bukan hanya daripada aspek kewangan bahkan daripada segi mental juga.

Oleh yang demikian, kita seharusnya saling menjaga antara satu sama lain. Lihat sekeliling dan bantulah mereka mengikut kemampuan.

Kita tidak tahu cabaran mendatang. Jika berkesempatan, berbuat baiklah sesama insan, kelak hal yang baik juga datang kepada kita.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular