Ramai rakyat Malaysia yang menggemari kek pandan, lebih-lebih lagi kek span pandan yang lembut dan gebu. Alahai sedapnya!

Ditambah dengan baunya yang harum, sudah pasti ia cukup menambat hati semua golongan tidak kira peringkat usia.

Mas Cotek/Facebook

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan resipi kek span santan yang anda patut cuba. Berikut bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A

  • 5 biji putih telur
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 sudu the krim tartar (boleh digantikan dengan 1 sudu besar jus lemon)

Bahan B

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • ¾ cawan tepung kek
  • ¼ cawan minyak jagung
  • Garam
  • ¼ cawan santan
  • 1 sudu teh perisa pandan (pewarna hijau)

Kaedah penyediaan :

1. Untuk bahan A, pukul telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan jus lemon. Pukul hingga kental dan biarkan seketika.

2. Dalam bekas lain, masukkan semua bahan B dan gaul hingga sebati.

3. Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Gaul hingga sebati. Panaskan juga ketuhar pada suhu 160°C.

Mas Cotek/Facebook

4. Setelah sapukan loyang dengan mentega atau marjerin, tuangkan adunan dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.

Mas Cotek/Facebook

Sedia untuk dihidangkan! Mudah sahaja caranya, bukan? Anda yang tidak biasa membuat kek pun sudah pasti boleh menghasilkan kek span pandan ini.

Jadi apa tunggu lagi?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular