Utusan khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai COVID-19 mendesak para pemimpin dunia untuk berhenti menggunakan perintah berkurung sebagai kaedah kawalan utama terhadap penyebaran Virus Parti Komunis China (PKC).

“Kami di Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak menganjurkan perintah berkurung sebagai kaedah utama pengawalan ke atas virus ini,” kata Dr. David Nabarro kepada The Spectator dalam satu wawancara yang disiarkan pada 8 Oktober. 

“Hanya masa itu yang kami percaya untuk menyusun semula, mengumpul semula, menyeimbangkan semula sumber, melindungi pekerja kesihatan yang keletihan, tetapi pada umumnya, kami sebaliknya keberatan untuk melakukannya,” kata Nabarro.

Fabrice Coffrini/AFP/Getty Images

Dr. David Nabarro menekankan kerosakan besar yang telah dialami di seluruh dunia, terutama di kalangan populasi yang hidup dalam kemiskinan.

“Lihat saja apa yang berlaku ke atas industri pelancongan, misalnya di Caribbean atau di Pasifik, kerana ramai orang tidak mengambil cuti mereka. Lihatlah apa yang berlaku kepada petani kecil di seluruh dunia kerana pasar mereka telah menjadi suram merosot. Lihatlah apa yang berlaku kepada tahap kemiskinan,” katanya.

“Nampaknya kita akan mengalami peningkatan dua kali ganda kemiskinan di seluruh dunia menjelang tahun depan. Dan kita mempunyai sekurang-kurangnya dua kali ganda kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak kerana mereka tidak mendapat makanan berzat yang dibekalkan di sekolah dan ibu bapa mereka, dalam keluarga miskin, tidak mampu membelinya,” tambah Nabarro.

“Ini sebenarnya adalah bencana global yang sangat dahsyat. Oleh itu, kami benar-benar meminta semua pemimpin dunia supaya berhenti menggunakan perintah berkurung sebagai kaedah kawalan utama dan kembangkan sistem lain yang lebih baik untuk menyelesaikannya, bekerjasama dan belajar antara satu sama lain, tetapi ingatlah – perintah berkurung hanya mempunyai satu akibat bahawa anda tidak boleh memperkecilkan, iaitu ia menjadikan orang miskin menjadi lebih miskin.

Dr. David Nabarro bukan satu-satunya saintis yang menentang perintah berkurung. Sebilangan saintis perubatan dan kesihatan awam serta pengamal perubatan telah menandatangani Deklarasi Great Barrington, yang menyatakan bahawa ‘dasar perintah berkurung semasa menghasilkan kesan buruk terhadap kesihatan awam dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang’.

Pakar-pakar lain yang menandatangani deklarasi termasuk:

1. Dr. Martin Kulldorff, profesor perubatan di Universiti Harvard, ahli biostatistik, dan ahli epidemiologi dengan kepakaran dalam mengesan dan memantau wabak penyakit berjangkit dan penilaian keselamatan vaksin;

2. Dr. Sunetra Gupta, profesor di Universiti Oxford, ahli epidemiologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang imunologi, pengembangan vaksin, dan pemodelan matematik penyakit berjangkit;

3. Dr. Jay Bhattacharya, profesor di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, seorang doktor, ahli epidemiologi, ahli ekonomi kesihatan, dan pakar dasar kesihatan awam yang memfokuskan pendedahan penyakit berjangkit dan bahaya kepada populasi.

Deklarasi tersebut menyatakan, “Pendekatan belas kasihan yang menyeimbangkan risiko dan manfaat mencapai imuniti kelompok atau kawanan, adalah membiarkan mereka yang berisiko minimum kepada kematian untuk menjalani hidup secara normal, untuk terus membangunkan imuniti terhadap virus melalui jangkitan semula jadi, sementara melindungi mereka yang berisiko tinggi.”

Dengan beberapa pengecualian, para pemimpin dunia mengikuti langkah dan telunjuk rejim komunis China ketika menangani wabak Virus PKC tersebut, yang melaksanakan perintah berkurung yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sweden, negara yang tidak pernah melaksanakan perintah berkurung mengalami peratusan kematian lebih rendah dari beberapa tempat dan negara yang mengenakan sekatan dan perintah berkurung.

Di Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump menyerahkan keputusan mengenai langkah-langkah perintah berkurung kepada gabenor setiap negeri. Pada akhirnya, semua negeri kecuali sebilangan kecil negeri membuat beberapa langkah mengenakan sekatan dan kawalan.

 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular