Setiap orang menjalani kehidupan dengan laluan yang berbeza-beza. Ada antaranya yang selalu dipermudahkan segala urusan, dan ada juga antaranya yang perlu mengharungi onak dan duri sebelum akhirnya mencapai kehidupan yang selalu diimpikan.

Begitulah yang dilalui oleh Patrick Hinga, seorang lelaki warganegara Kenya yang sebelum ini merupakan penagih dadah tegar yang sangat sukar untuk berpisah dengan dadah walaupun sudah berkali-kali dipenjarakan.

Facebook

Walaupun Hinga telah beberapa kali berusaha untuk berhenti mengambil dadah, namun semuanya bertemu jalan buntu. Sehinggalah akhirnya Hinga ditakdirkan bertemu dengan bekas rakan sekelasnya di sekolah, Wanja, yang secara kebetulan bertemu dengannya ketika Hinga sedang berbaring di sudut kecil di bahu jalan.

Facebook

Walaupun pada mulanya Hinga berasa malu untuk berdepan dengan Wanja yang melihat keadaan dirinya yang serba kekurangan dan tidak sihat, namun Wanja berusaha untuk bercakap dengan Hinga dan akhirnya Hinga telah menceritakan impiannya untuk meninggalkan kehidupan yang sukar pada waktu itu.

Facebook

Facebook

Dan dengan bantuan dan dorongan daripada Wanja, Hinga telah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah sehingga akhirnya Hinga telah berjaya meninggalkan kehidupan lamanya dengan sepenuhnya.

Wanja tidak hanya berhenti di situ. Kerana rasa kasih terhadap rakan yang sama-sama membesar dengannya itu, Wanja juga telah mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan rawatan pemulihan dadah yang perlu dijalani oleh Hinga.

Facebook

Facebook

Perubahan Hinga memang sangat mengagumkan. Daripada seorang yang sangat kurus dan tidak bermaya, kini Hinga sudah menjadi lelaki yang normal dengan sebuah perniagaan hasil bantuan Wanja.

“Saya berasa seperti sudah menjadi orang yang baharu!” luah Hinga menceritakan pengalaman perubahan kehidupannya itu.

Facebook

Facebook

“Setiap hari saya berdoa, meminta Tuhan untuk menyelamatkan saya agar saya tidak mengulangi kehidupan penagih dadah seperti dahulu,” tambah Hinga.

Facebook

Facebook

Kisah hidup yang dialami sendiri oleh Patrick Hinga ini ternyata telah menyentuh hati ramai orang dan memberi semangat untuk mana-mana insan yang sedang berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Hinga membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dilakukan dalam kehidupan ini melainkan kita sendiri tidak berusaha untuk melakukannya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular