Membesarkan anak-anak yang masih kecil tidak dapat dinafikan penuh dengan cabaran dan dugaan. Tetapi ada kalanya, cabaran yang dilalui menghasilkan sesuatu yang lucu apabila dikenang semula.

Maisie Saward, seorang kanak-kanak dari Hampshire telah mengalami ‘botak’ separuh kepala selepas bapanya, Luke, tidak menyedari bahawa anak perempuannya itu telah merangkak pergi ke bilik air dan mengambil krim penyingkiran rambut dan krim itu telah disapu dengan jayanya oleh Maisie di atas rambutnya di bahagian hadapan.

Unilad

Bagaimanapun, semuanya berlaku terlalu pantas dan Luke tidak sempat menghalang anak perempuannya itu.

“Saya menghubungi Luke dan dia memberitahu bahawa Maisie sudah tidak mempunyai rambut hadapan,” kata Kirsty, isteri Luke apabila menceritakan hari kejadian.

Unilad

Pada waktu itu, Kirsty yang sedang bekerja hanya berfikir bahawa Maisie mungkin hanya kehilangan sedikit sahaja rambutnya kerana menggunakan gunting tanpa pengawasan Luke.

Unilad

Tetapi ternyata jangkaan Kirsty meleset sama-sekali.

“Apabila saya tiba di rumah saya benar-benar berasa terkejut. Dia (Maisie) datang dan bermanja dengan saya dan saya hanya menangis selama satu jam kerana saya benar-benar sukakan rambut hadapannya.

“Daripada terus membasuh kepala Maisie, Luke memutuskan untuk memandikannya, menukar pakaiannya dan Luke mengambil masa selama 10 minit sebelum dia terfikir untuk membasuh rambut Maisie,” cerita Kirsty tentang suaminya pada hari bersejarah itu.

Unilad

Disebabkan kejadian malang itu, Kirsty tidak mahu bercakap dengan suaminya pada hari itu tetapi pada keesokan harinya, Kirsty mula menyedari sisi lucu kejadian itu.

“Maisie berasa sangat lucu dengan kejadian itu sehingga kini. Dia dilahirkan dengan rambut yang penuh di kepala jadi dia tidak pernah berasa botak. Maisie kerap mencari pelbagai permukaan untuk menggeser kepalanya kerana dia berasa terhibur,” tambah Kirsty.

Dan selepas melihat rupa Maisie, kini pasangan suami isteri itu mula mempertimbangkan untuk menggayakan Maisie dengan watak Pennywise bagi sambutan Halloween tidak lama lagi.

Unilad

Mana tidaknya, rupa Maisie yang hampir serupa dengan watak Pennywise yang mempunyai bahagian hadapan kepala yang botak benar-benar membolehkan Maisie menggayakan watak itu dengan baik.

“Saya dan Luke berasa agak gagal kerana tidak berjaya mengawal keadaan dengan baik,” luah Kirsty.

“Tetapi selepas saya menyedari bahawa perkara sebegini akan berlaku apabila kamu mempunyai anak kecil kami berasa lebih baik tentangnya.”

Tidak mengapalah Maisie, rambut itu akan tetap tumbuh semula selepas ini. Buat sementara waktu ini, nikmatilah keseronokannya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular