Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa bekerja di klinik haiwan adalah salah satu pekerjaan yang dicemburui oleh ramai pencinta haiwan.

Mana tidaknya, dengan pekerjaan ini sahajalah para pencinta haiwan boleh bertemu dengan haiwan-haiwan yang comel pada setiap hari!

Satu kiriman di laman Twitter yang menunjukkan bagaimana seekor anak kucing yang tidur di dalam poket pekerja klinik haiwan telah mendapat perhatian ramai dan sememangnya membuatkan ramai pencinta haiwan terutamanya pencinta kucing berasa sangat cemburu dengan profesion ini.

@shyabang/Twitter

Dari jauh, anak kucing ini hanya menunjukkan bahagian belakang telinga dan belakang kepalanya sahaja. Sekali pandang, anak kucing ini boleh disalah-anggap sebagai sarung telefon bimbit yang comel dan berbulu!

Tetapi apabila didekati, sangat jelas bahawa ‘benda’ yang berada di dalam poket itu bukanlah semata-mata ‘benda’, tetapi seekor anak kucing yang benar-benar comel dan sedang nyenyak tidur. Amboi, lenanya…

@shyabang/Twitter

Lihatlah bagaimana comelnya anak kucing ini! Apabila anak kucing ini berpaling, memang nampak jelas keselesaannya berada di dalam poket yang kecil dan menenangkan itu.

“Ya, saya tidak mahu keluar dari poket ini. Apa yang kamu mahukan?”

@shyabang/Twitter

Geram betul dibuatnya, anak kucing ini memang comel sehingga tidak masuk akal!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular