Bagi yang pernah bergelar pelajar universiti atau kolej pastinya pernah merasai betapa sukarnya hidup tanpa wang yang mencukupi.

Tidak ramai antara kita yang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang serba mampu dan mewah. Buat mereka yang sederhana atau susah, ketika menjalani hari-hari bergelar pelajar terkadang agak sukar sehingga ada yang terpaksa mengikat perut.

Sin Chew

Menyedari hakikat itu, seorang pemilik restoran Jepun yang terkenal “The King of Dumplings” di Demachi, Kyoto telah membenarkan pelajar yang tidak dapat membayar makanan untuk mencuci pinggan selama 30 minit sebagai ganti kepada harga makanan mereka.

Berpuluh tahun berlalu, sehingga kini dia telah menyediakan lebih daripada 30,000 makanan secara percuma kepada pelajar yang kurang kemampuan. Pemilik restoran tersebut kini sudah berusia 70 tahun dan berita mengatakan restoran terseut bakal ditutup pada hujung bulan ini.

The Sankei Shimbun melaporkan bahawa restoran “The King of Dumplings” terletak berhampiran dengan Universiti Kyoto dan Universiti Doshisha. Di restoran itu, terdapat sebuah poster dipasang di pintu yang berbunyi “Mereka yang tidak mempunyai wang untuk makan boleh makan secara percuma.”

Pemilik kedai tersebut, Touhiro Inoue dilahirkan di Fushimi-ku, Kyoto. Pada usia 20 tahun, dia dibuang keluarga kerana keluarganya menentang perkahwinannya dengan isterinya.

Mereka kemudian berkahwin lari ke Osaka dan terpaksa menjalani hidup susah sehingga tidak mampu untuk membeli makanan.

Inoue kemudian kembali ke Kyoto untuk bekerja di sebuah restoran rangkaian “The King of Dumplings”. Pada tahun 1982, ketika dia menjadi pengurus restoran, dia berfikir bahawa dia telah banyak menderita ketika muda, dan sekarang sudah tiba masanya untuk dia menolong orang yang mengalami kesulitan.

Jadi, dia muncul dengan idea untuk membiarkan pelajar mencuci pinggan selama 30 minit sebagai tukaran kepada makanan percuma. Setelah Inoue menjadi pemilik restoran dumpling di Demachi pada tahun 1995, dia masih meneruskan idea ini dan disukai oleh pelajar tempatan.

Sin Chew

Sehingga kini dia telah menyediakan lebih daripada 30,000 makanan secara percuma. Walaupun dua tahun yang lalu, pelajar tidak lagi dibenarkan untuk mencuci pinggan atas alasan kebersihan tetapi dia masih memberikan makanan percuma untuk pelajar yang tidak mempunyai wang untuk makan.

Inoue memberitahu bahawa antara perkara yang paling menggembirakannya ialah ada antara pelajar yang telah bergraduasi datang kembali mengunjungi kedainya. Pernah ada seorang pelajar lelaki dari Universiti Doshisha yang datang ke Tokyo untuk memulakan perniagaan setelah tamat pengajian.

Setelah berkahwin dan mempunyai anak, dia membawa anak-anaknya mengunjunginya. Dia mengatakan bahawa kerana Inoue lah, dia mempunyai anak-anak. Inoue terus memeluk anak kecil dan menangis kegembiraan.

Sin Chew

Namun, Inoue kini telah lanjut usia dan mencapai usia untuk bersara. Oleh kerana tidak ada orang yang akan mewarisi restoran itu jadi dia memutuskan untuk menutup restoran cawangan itu. Namun dia masih bimbang dengan nasib para pelajar di situ terutama ketika dunia sedang dilanda wabak COVID-19.

Mereka yang mendengar berita mengenai penutupan restoran itu mula datang semula ke sana. Ramai yang datang, ada antara mereka bekas pelajar yang pernah makan di situ dan ada juga mereka yang pernah mencuci pinggan mangkuk di situ.

Kesemuanya sudah dewasa dan datang semula ke sana sehingga kedai tersebut menjadi sesak dengan orang ramai. Ramai yang mahu mengucapkan terima kasih atas jasa restoran tersebut kepada mereka.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular