Aktiviti memancing memang satu hobi yang biasa digemari kaum lelaki.

Kaki pancing selalunya tidak menghiraukan malam atau siang untuk keluar memancing, malahan ada antara mereka yang lebih suka memilih lokasi percutian dengan turut menyertakan pakej memancing kalau boleh.

Namun begitu, perkongsian Faizal Adha di laman Facebook ini pastinya akan menggugat mereka yang digelar ‘kaki pancing’.

Faizal Adha Sa’aet/Facebook

Menerusi muat naik beberapa gambar dalam satu posting menunjukkan anak kecil Faizal yang boleh dikatakan hanya si cilik telah menggunakan joran mainan untuk memancing tetapi berjaya mendapat seekor ikan haruan besar semasa memancing bersama bapanya.

“Rezeki tak salah alamat. Dari malam tadi sampai pagi sibuk nak memancing. Terus ayah bawa pergi kedai beli katak hidup, disuruhnya cangkuk juga kat joran dia. Tak apalah nak ayah ajarkan sikit-sikit tau,” tulis Faizal.

Faizal Adha Sa’aet/Facebook

“10 minit kemudian, letup joran ni… Allahuakbar, suka si anak ni..rezeki,” tulisnya bangga.

Rata-rata netizen memuji kehebatan anak kecil ini yang hanya menggunakan joran mainan tetapi mampu mendapat ikan sebesar itu.

Faizal Adha Sa’aet/Facebook

Rezeki dan tuah masing-masing milik sesiapa sahaja, tiada siapa yang tahu. Berdoa sahajalah sentiasa murah rezeki macam anak kecil ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular