Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan berkuat kuasa pada jam 12:01 tengah malam pada 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Majlis Keselamatan Negara/Facebook

Keputusan itu menurut beliau dicapai semasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Oktober.

Ia diputuskan selepas mengambil kira pendapat dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta jumlah peningkatan kes dan penularan COVID-19.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang dilarang semasa tempoh PKPB berlangsung :

  • Pergerakan keluar masuk atau merentas daerah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah perlu mengemukakan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan
  • Hanya dua orang sahaja daripada sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup
  • Masjid dan surat serta rumah ibadat bukan Islam juga ditutup
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan serta pertunangan adalah tidak dibenarkan
  • Pusat-pusat hiburan dan juga kelab malam juga tidak dibenarkan.

Sungguhpun begitu, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Bernama

Dalam pada itu, pihak polis akan kembali menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan pelaksanaan PKPB ini.

Jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, SJR itu akan diadakan di beberapa lokasi bermula tengah malam ini.

“SJR akan dilaksanakan sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini (semasa PKP awal Mac lalu)”, katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular