Mungkin ramai antara anda yang pernah mendengar cerita-cerita kurang enak mengenai kucing hitam. Ada yang mengatakan kucing hitam membawa malang, ada pula yang melihat kucing hitam seperti sesuatu yang menakutkan. Namun hakikatnya kucing hitam sama sahaja dengan kucing lain. Mereka juga kucing yang banyak telatah comel dan melucukan!

Buat pencinta kucing di luar sana, ini pasti merupakan berita baik buat anda apabila terdapat sebuah kafe kucing didirikan di Jepun. Konsep kafe seperti ini mungkin sudah banyak muncul di luar sana tetapi kafe ini mempunyai keunikan tersendiri apabila kucing yang ada di situ hanyalah kucing hitam sahaja.

Animal Cafes

Kafe Nekobiyaka yang dibina di Himeji, Jepun merupakan satu-satunya kafe di dunia yang ‘menyediakan’ kucing berbulu hitam secara eksklusif  dan berbeza dengan kafe-kafe kucing yang lain.

Menurut pemilik kafe ini, Yagi, beliau mendapat idea untuk membuka kafe dengan konsep kucing hitam ini setelah dia membantu banyak kucing hitam mencari tempat perlindungan.

Hal ini berlaku kerana di Jepun, kucing hitam tidak begitu popular untuk diadopsi dan dengan membuka kafe ini, dia berharap stigma terhadap kucing hitam akhirnya akan berubah memandangkan kucing hitam juga berhak untuk mendapatkan layanan dan kasih sayang sama seperti kucing lain.

Buat yang tertanya-tanya bagaimana keadaan kafe ini semasa berlakunya pandemik COVID-19, keadaan kafe ini sama seperti perinagaan lain yang terjejas teruk.

Ekoran wabak yang melanda Yagi pernah terfikir untuk menutup terus kafe tersebut namun dengan dana dan sumbangan yang diperolehi secara dalam talian telah membolehkan afe tersebut terus beroperasi.

Sehingga kini kucing-kucing hitam itu masih memiliki tempat tinggal yang boleh dijadikan tempat perlindungan…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular