Mungkin, tanpa kita sedari, haiwan di dunia ini juga mempunyai rutin harian yang hampir serupa dengan kita. Salah satunya adalah rutin mandi pada setiap pagi.

Menerusi perkongsian Banook Rodarte di laman Facebook pada 22 September lalu, dapat dilihat bagaimana seekor memerang sedang mandi di tepian sungai pada waktu pagi.

Banook Rodarte/Facebook

Video yang dipercayai dirakam di Yuma Arizona pada awal bulan Ogos itu bagaimanapun menunjukkan satu sisi unik haiwan yang comel itu.

Lazimnya, haiwan akan mandi dengan hanya merendamkan seluruh tubuhnya di dalam air sambil berenang-renang. Atau, untuk spesies memerang, mereka lazimnya akan mengapungkan diri di atas permukaan air.

Banook Rodarte/Facebook

Banook Rodarte/Facebook

Video yang satu ini bagaimanapun adalah sebaliknya. Memerang yang dirakam menunjukkan bagaimana haiwan itu sebenarnya tahu untuk membersihkan diri dengan cara yang paling efektif iaitu dengan menggosok seluruh tubuh badannya dengan tangan, dan sekali-sekala, mengambil air sungai untuk dilalukan pada tubuh badannya agar rutin menggosok menjadi lebih lancar.

Banook Rodarte/Facebook

Banook Rodarte/Facebook

Memang lain dari yang lain, tidak pernah dilihat haiwan sebijak ini!

Paling comel, memerang ini juga tidak lupa untuk menggosok bahagian belakang tubuhnya juga. Nampaknya, memerang ini mungkin adalah seekor haiwan yang sangat sukakan kebersihan!

Walaupun video ini hanya berdurasi selama 1:44 sahaja, tetapi sepanjang rakaman video ini memerang yang tersebut tidak berhenti menggosok tubuh badannya. Bagi haiwan, ini adalah rekod pembersihan yang agak lama juga!

Memang bagus betul memerang yang seekor ini. Sudahlah comel, pembersih pula!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular