Kita sedia maklum bahawa bonggol yang dibuat di jalan raya itu bertujuan untuk memperlahankan kelajuan apa-apa kenderaan yang melaluinya.

Ia lazimnya akan ditandakan dengan cat jalur yang berbelang serta terdapat papan tanda berhampiran dengannya agar pengguna sedar akannya.

Namun tidak bagi satu insiden yang tular di media sosial ini, apabila penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan dek kerana satu bonggol yang tidak begitu kelihatan.

Dipercayai bahawa insiden berkenaan berlaku di kawasan Villa Tropicana, Petaling Jaya. Anda boleh saksikan videonya di bawah :

Malaysian Modders/Facebook

Menerusi video yang dirakamkan pada waktu malam itu, kita dapat lihat bahawa jalan itu kelihatan biasa dan normal sahaja, seperti tiada bonggol atau apa-apa halangan lain.

Kemudian ada sebuah motosikal yang melalui jalan itu dengan jayanya, mungkin penunggang itu sudah tahu akan kewujudan bonggol tidak bertanda berkenaan.

Namun malang bagi seorang lagi penunggang yang melalui jalan itu tidak lama kemudian. Dia terjatuh setelah melaluinya sementara motosikalnya pula terseret ke hadapan.

Mangsa yang mengalami kecederaan

Malaysian Modders/Facebook

Video berkenaan ternyata mengundang kecaman netizen yang menyelar tindakan tidak bertanggungjawab kontraktor jalan berkenaan.

Mereka seharusnya meletakkan papan tanda berhampiran bonggol atau menandakannya menggunakan cat untuk mengelakkan perkara tidak diingin sebegini.

Ia ternyata membahayakan nyawa pengguna. Anda yang melalui kawasan ini dinasihatkan agar berhati-hati.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular