Untuk mendapat jiran tetangga yang baik dan boleh diharap ketika kita tiada di rumah adalah salah satu rezeki yang tidak mudah untuk didapati. Tambahan pula dengan kehidupan di kota yang sentiasa sibuk, kita cenderung untuk menjaga keluarga dan diri kita sendiri sahaja.

ERA (Malaysia)/Facebook

Bagaimanapun, baru-baru ini, sebuah rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bagaimana seorang jiran yang berusaha untuk mengalihkan ampaian kain jemuran untuk diletakkan di bawah bumbung telah berjaya menarik perhatian ramai.

ERA (Malaysia)/Facebook

Yang uniknya adalah apabila jiran pemilik rumah berkenaan memutuskan untuk menggunakan sebatang kayu untuk menarik dan menolak ampaian besi berkenaan dan tugasnya itu sebenarnya tidak mudah.

Hal ini kerana rumah kedua-duanya dipisahkan dengan pagar besi dan batu dan menyebabkan jirannya itu sukar untuk mencapai ampaian berkenaan.

ERA (Malaysia)/Facebook

Apabila ampaian berkenaan sudah boleh dicapai melalui celahan pagar, jirannya dilihat menggunakan tangan pula untuk mengalihkan ampaian berkenaan ke arah ruangan berbumbung rumahnya. Kemudian, apabila semakin menjauh, jirannya menggunakan kayu itu semula untuk menolak ampaian itu supaya semua kain jemuran dapat terlindung daripada hujan. 

Menurut pemilik rumah, jirannya itu mengambil masa kira-kira lima minit untuk selesai mengalihkan ampaian berkenaan dengan sepenuh hatinya. Lama juga masa yang diambil! 

ERA (Malaysia)/Facebook

Tetapi syukurlah, dengan bantuan daripada jirannya itu, kain jemurannya semua selamat dilindungi daripada air hujan.

Susulan muat naik video ini oleh laman ERA (Malaysia) di Facebook, ramai warganet telah meninggalkan komen positif dan ada juga antaranya yang meninggalkan kisah pengalaman mereka yang hampir serupa dengan video ini.

ERA (Malaysia)/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telahpun meraih sehingga lebih dari 1,500 reaksi, 108 komen dan 73 perkongsian setelah dimuatnaik pada petang 12 Oktober 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular