Kadang-kala, hasil kajian yang dilakukan akan membawa kepada satu penemuan yang kita sendiri tidak tahu bahawa kita mahu melihatnya. Misalnya seperti hasil rakaman video daripada projek kamera penyu yang dinamakan sebagai TurtleCam Project yang diinspirasikan oleh Nathan Robinson.

The Independent/Facebook

Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji tingkah laku penyu laut dengan lebih mendalam. Cara yang dilakukan adalah sangat mudah, para pengkaji hanya meletakkan kamera di bahagian atas cengkerang penyu laut yang terpilih untuk menyaksikan sendiri rutin harian seekor penyu laut tanpa mendekati mereka secara fizikal.

The Independent/Facebook

Pun begitu, nampaknya kini projek yang nampak ringkas tetapi sangat menarik ini telah memberi orang ramai gambaran pemandangan yang disaksikan sendiri oleh penyu laut dalam menjalani kehidupan seharian mereka. 

Tampak ringkas, tetapi hasilnya memang mengujakan!

The Independent/Facebook

Siapa sangka, menerusi projek ini, manusia yang agak sukar untuk mendekati penyu di lautan kini dengan mudah dapat menyaksikan haiwan laut ini secara dekat, malah secara lebih peribadi kerana secara teknikalnya kita dapat menyaksikan pemandangan yang disaksikan sendiri oleh penyu laut yang terlibat.

The Independent/Facebook

Daripada rutin penyu yang berenang-renang di dasar laut, penampakan ikan pari dalam kawasan yang sama, kemunculan penyu laut di kawasan dasar yang sama dan bagaimana penyu laut ini berenang naik ke permukaan laut sebentar, semuanya dapat disaksikan dalam video dengan kualiti tinggi ini.

The Independent/Facebook

Terima kasih kepada projek ini, akhirnya salah satu persoalan manusia yang benar-benar ingin tahu kini telahpun terjawab!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular