Sebelum ini pernah heboh dengan kisah seorang pemuda dari Terengganu, Nooraziro Abdullah dalam mencari jodoh hingga menggantungkan bunting pada tiang di tengah jalan.

Usaha yang unik itu akhirnya membuahkan hasil apabila sumber mengatakan bahawa lelaki berusia 35 tahun itu telah pun menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini.

Gegar/Facebook

Berita gembira itu didedahkan menerusi akaun laman Facebook, Gegar, di mana ia turut dilampirkan bersama beberapa keping foto Aziro bersama isterinya, Suhaibah.

“Alhamdulilah, (Aziro) sudah selamat bernikah dengan pilihan hati”, tulis akaun terbabit di laman sosial tersebut.

Gegar/Facebook

Jelas kelihatan Aziro begitu segak berbusana pengantin disisi isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang.

Sekali pandang, wajah kedua-dua Aziro dan Suhaibah atau lebih mesra disapa Ibah yang berasal dari Kuantan itu agak seiras.

Gegar/Facebook

Perkongsian itu menerima perhatian netizen yang turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka.

Gegar/Facebook

Gegar/Facebook

Gegar/Facebook

Selamat melayari bahtera rumah tangga buat Aziro dan Suhaibah. Semoga bahagia dunia akhirat, mari sama-sama kita aminkan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular