Kucing adalah salah satu spesies haiwan yang amat mengagumkan. Kewujudan kucing ini ibarat satu anugerah yang tidak terhingga kerana kebolehannya untuk mengawal emosi manusia dan membuatkan kita tenang dengan bunyi dengkuran kucing.

Menerusi sebuah video berdurasi 3 minit 13 saat yang dikongsikan oleh The Dodo di Facebook, seorang wanita yang merupakan pencinta haiwan gemar melakukan amal kebajikan terhadap kucing-kucing liar yang berada di persekitaran tempat tinggalnya.

The Dodo/Facebook

Menurut wanita ini, sepanjang dia melakukan kerja amal ini, tiada seekor pun kucing jalanan yang berani untuk mengikutinya pulang ke rumah. Kebanyakannya hanya menunggu makanan tiba dan bermanja buat seketika waktu sahaja. Tetapi berlainan pula kisahnya dengan seekor kucing yang sangat istimewa ini.. 

The Dodo/Facebook

Kucing berbulu jingga ini dikatakan seringkali membuat cubaan untuk mengikuti wanita tersebut pulang ke rumah. Malah, kucing berkenaan bukan sahaja mengenali wanita itu tetapi turut mengenali kenderaan yang digunakan oleh wanita terbabit. 

The Dodo/Facebook

Kucing betina yang kemudiannya dinamakan Annie ini mula bermanja dan mendekati wanita tersebut. Menurut Charli Sotiriou yang berasal dari Greece, Annie adalah salah seekor kucing jalanan yang paling mesra pernah ditemuinya sebelum ini. Belum pernah lagi dia menjumpai kucing yang manja seperti Annie.

Disebabkan tertarik dengan gelagat Annie, wanita ini mengambil keputusan untuk membawa kucing ini pulang ke rumahnya dan memberikan segala keperluan yang diperlukan oleh kucing seperti Annie. Pada saat itu, Annie tidak lagi hidup secara meliar di jalanan sebaliknya telah menjadi kucing peliharaan di rumah.

The Dodo/Facebook

Pada suatu hari, Charli menerima satu panggilan telefon yang memintanya untuk memelihara tiga ekor anak kucing yang baru dilahirkan. Ketiga-tiga anak kucing ini begitu kecil dan masih memerlukan penjagaan yang rapi.

Pada awalnya, Charli tidak begitu yakin dan masih buntu sama ada ingin menerima anak-anak kucing itu atau tidak. Bagaimanapun, setelah melihat reaksi semulajadi Annie terhadap anak kucing itu, Charli berubah hati.

The Dodo/Facebook

Naluri keibuan Annie seolah-olah memuncak sebaik sahaja melihat kewujudan tiga ekor anak kucing yang masih kecil dan tertutup mata itu.. Annie akan menghampiri kesemua anak kucing ini secara perlahan-lahan untuk memperkenalkan dirinya.

“Ketika saya meletakkan kotak berisi anak-anak kucing ini, sifat ingin tahu Annie mula membara. Annie akan bertenggek di atas bahu saya dan mengintai kucing-kucing itu”.

The Dodo/Facebook

“Lama-kelamaan, Annie mula berbaring dan bermain secara perlahan-lahan dengan anak-anak kucing tersebut. Malah, Annie juga rajin menjilat dan membersihkan ketiga-tiga kucing kecil itu dan melayan mereka seperti anak kandungnya sendiri”.

Adakalanya, Annie akan menggonggong salah seekor anak kucing itu dan meletakkannya di hadapan Charli seolah-olah ingin memberitahu Charli bahawa sudah tiba masanya untuk memberikan susu botol kepada ‘bayinya’ memandangkan Annie tidak mempunyai susu.

The Dodo/Facebook

Lebih mengagumkan, sebaik sahaja Charli selesai menyusukan seekor kucing, Annie akan kembali beberapa detik sambil membawa anak kucing kedua untuk disusukan. Naluri dan sifat keibuan yang ada pada Annie benar-benar mengagumkan Charli.

Setiap saat, Annie enggan berenggang daripada anak-anak angkatnya. Walaupun Charli membawa mereka bermain di halaman rumah, Annie akan duduk dekat di samping anak-anak kucing tersebut dan menemani mereka sepanjang masa.

Kehidupan Annie benar-benar berubah. Annie tidak lagi menjadi kucing yang terbiar seperti dahulu. Malah, Annie juga turut menjadi kucing yang penyayang terhadap kucing-kucing lain… Charli yang merupakan pemilik Santuari The Arc Animal berharap agar kehadiran Annie akan menjadi satu batu loncatan untuk Charli mengembangkan lagi santuarinya…

Lihat betapa comelnya Annie menjaga tiga si kecil dalam video di bawah:

The Dodo/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular