Eksperimen yang dijalankan mendapati bahawa SARS-CoV-2 berjaya dikesan di atas permukaan licin seperti kaca skrin telefon bimbit dan juga pada wang kertas plastik setelah 28 hari pada suhu bilik.

Menurut pengkaji, ketahanan virus tersebut pada keluli tahan karat pada suhu sejuk mampu menjelaskan kaitan wabak dengan pemprosesan daging dan kemudahan simpanan sejuk beku.

Kita sebenarnya terdedah dengan risiko dijangkiti menerusi wang kertas, kaca dan permukaan lain memandangkan ia bertahan selama berminggu-minggu.

Dan penyelidikan oleh makmal bioskop di Australia memberi perhatian terhadap wang kertas, peranti sentuhan skrin dan juga pemegang atau rel yang cukup berisiko.

Para saintis Pusat Kesiapsiagaan Penyakit Australia mendapati bahawa SARS-CoV-2 adalah sangat kuat dan mampu bertahan selama 28 hari di permukaan licin – skrin telefon dan wang kertas plastik.

Ia dapat bertahan selama itu pada suhu bilik iaitu kira-kira 20◦C, berbanding virus selesema yang hanya bertahan selama 17 hari sahaja.

Kajian yang diterbitkan pada Jurnal Virologi mendapati bahawa kelangsungan hidup virus walau bagaimanapun berkurangan sehari pada suhu 40◦C di beberapa permukaan.

Gambar Hiasan/Twitter

Penemuan itu menguatkan lagi teori bahawa virus terbabit mampu bertahan lebih lama dalam cuaca sejuk, menjadikannya lebih sukar dikendalikan pada musim sejuk berbanding musim panas.

Tambah saintis, penyelidikan ini juga membantu untuk meramalkan serta mengurangkan penyebaran wabak dengan lebih tepat.

“Dapatan kami mendapati SARS-CoV-2 tetap dapat menular di permukaan untuk jangka waktu yang lama. Ia menandakan betapa pentingnya amalan mencuci tangan dan membersihkan permukaan”, jelas Debbie Eagles selaku Timbalan Pengarah pusat tersebut.

Virus korona cenderung bertahan lebih lama di permukaan tidak berpori atau licin, berbanding dengan permukaan kompleks berpori seperti kapas.

Penyelidikan yang mendapat dana daripada Jabatan Pertahanan Australia ini melibatkan pengeringan virus korona pada lendiran buatan pada permukaan yang berlainan.

Ia turut melibatkan tahap kepekatan yang serupa dengan sampel daripada pesakit yang telah dijangkitinya. Virus itu kemudian akan diasingkan selama sebulan.

Eksperimen ini dijalankan dalam keadaan yang gelap bertujuan untuk menghilangkan pengaruh sinaran ultra ungu.

Gambar Hiasan/Twitter

Hal ini kerana, pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa sinar matahari secara langsung dapat mematikan virus ini dengan cepat.

Walaupun penyebaran boleh berlangsung melalui permukaan namun tahap kontak permukaan dan jumlah virus yang diperlukan untuk jangkitan berlaku masih belum dapat dipastikan lagi.

Tambah Eagles, penentuan berapa lama virus ini dapat bertahan di permukaan adalah penting untuk mengembangkan strategi mitigasi risiko di kawasan kontak yang tinggi.

Ketahanannya di atas permukaan kaca adalah dapatan yang penting memandangkan peranti skrin sentuh seperti telefon bimbit, kad ATM, kaunter daftar layan diri di pasar raya atau kiosk daftar masuk di lapangan terbang adalah permukaan yang tidak mungkin dibersihkan secara kerap.

Oleh itu, ia bakal menimbulkan risiko penularan SARS-CoV-2.

Jangka hayat SARS-CoV-2 yang lebih lama pada permukaan mengingatkan pengkaji terhadap frekuensi peredaran serta potensi untuk penularan berlaku dengan mengambil kira aspek individu dan lokasi geografinya.

Gambar Hiasan/Facebook

Awal tahun ini, China mula nyahcemarkan wang kertas ekoran timbul kebimbangan akan penularan virus terbabit.

Malah Amerika Syarikat dan Korea Selatan juga telah melakukan kuarantin wang kertas atas kebimbangan yang sama.

Kelangsungan hidup koronavirus pada keluli tahan karat pada suhu yang lebih sejuk dapat membantu menjelaskan wabak COVID-19 yang berkaitan dengan pemprosesan daging dan kemudahan penyimpanan sejuk.

Data para pengkaji menyokong penemuan kajian yang menunjukkan kelangsungan SARS-CoV-2 pada makanan segar dan sejuk beku.

“Penyelidikan ini juga membantu menjelaskan kegigihan dan penyebaran SARS-CoV-2 di persekitaran sejuk dengan pencemaran lipid atau protein yang tinggi secara jelas”.

Misalnya di kemudahan pemprosesan daging serta kaedah kita untuk menangani risiko tersebut dengan lebih baik”, kata Pengarah Pusat Kesiapsiagaan Penyakit Australia, Trever Drew.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular