Benarlah kata orang, apabila kita berbudi bahasa tanpa mengharapkan balasan, suatu hari nanti kita pasti akan menerima ganjaran yang setimpal, atau jika lebih bertuah, akan menerima ganjaran yang jauh lebih besar.

Seorang juruwang di pasaraya Walgreens, Rita Jackson Burns, selama ini memang dikenali oleh ramai pelanggan pasaraya itu kerana sikapnya yang mesra pelanggan dan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Tetapi, satu bantuannya pada seorang pelanggan yang dalam kesusahan baru-baru ini telah membawanya kepada satu ganjaran yang sangat besar.

Beberapa minggu yang lalu, ketika Rita sedang bertugas di kaunter bayaran, salah seorang pelanggannya, Rina Liou, telah tertinggal telefon bimbit dan dompetnya di rumah dan dia tidak boleh membayar barangan yang mahu dibeli.

Walau bagaimanapun, Rita yang pada waktu itu hanya mempunyai wang sejumlah $20 (RM82.74) di dalam akaun banknya tanpa berfikir panjang terus menggunakan kad banknya sendiri untuk mencuba bagi membayar barangan Rina yang berjumlah $12.41 (RM51.34).

“Saya kata, saya akan cuba untuk membayarnya, untuk kamu,” kata Rita ketika ditemuramah.

“Saya cuma sedikit kekurangan wang,” tambahnya lagi menceritakan kisah itu.

Melissa Correa/Twitter

Rina yang sangat tidak menyangka akan menyaksikan sendiri kemurnian hati Rita pada waktu itu berasa sangat tersentuh dan memutuskan untuk berkongsi kisah itu di internet setelah pulang ke rumah dan pergi semula ke Walgreens untuk menggantikan wang Rita.

Bagaimanapun, apa yang berlaku seterusnya amat mengejutkan orang ramai kerana selepas kiriman Rina menjadi tular, ramai warganet mula meninggalkan komen tentang Rita yang mengatakan bahawa Rita adalah salah seorang pekerja yang terbaik yang Walgreens miliki.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Rita adalah seorang yang sentiasa ceria dan selalu mengingati pelanggan yang selalu datang ke pasaraya itu.

Melissa Correa/Twitter

Susulan itu, sekumpulan warganet mula mencipta ruangan untuk mengumpul dana khas (GoFundMe) untuk Rita yang selama ini telah menceriakan hari ramai pelanggannya.

Matlamat utama kutipan sumbangan itu pada mulanya hanya diletakkan pada tanda $5,000 (RM20,687.03) sahaja, tetapi selepas kutipan dana semakin meningkat, jumlah matlamat semakin ditingkatkan selaras dengan sumbangan warganet yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sehingga entri ini dihasilkan, kutipan sumbangan dana untuk Rita telahpun mencapai sehingga $20,438 (RM84,560.28), melebihi matlamat yang disasarkan iaitu sejumlah $20,000 (RM82,748.28).

Nampaknya, segala jasa dan budi baik Rita sentiasa diingati ramai dan kini Rita telah menerima ganjarannya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular